Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Sampai RM20 Pun, Tutup Ruang Bawah Singki Dengan Langsir DIY Buat Dapur Anda Terus Nampak Cantik Dan Kemas

21 Jun 2017
4 ulasan

Sudah tak lama nak raya inikan, sudah pasti ramai mereka diluar sana terutamanya perempuan sedang berkira-kira hendak kemas rumah sempena menyambut hari lebaran yang tidak sampai seminggu lagi.

Ruang yang paling penting sudah pastilah ruang tamu rumah, tapi ianya bukanlah agak sukar kerana kawasan berkenaan bukanlah tempat persediaan yang memerlukan banyak barang seperti di dapur.

Ramai terlepas pandang akan kebersihan dan kemasan dapur sedangkan ramai saudara atau rakan yang datang terutamanya perempuan mereka akan terus ke dapur mencari apa yang menarik atau pun dijadikan port paling cun untuk berborak-borak.

Jadi, dapur juga perlulah dikemas, apa yang penting hanya tutup kawasan yang buat mata tidak sedap pandang seperti ruang menyimpan barang di bawah dapur, singki dan para.

Beberapa keping gambar telah dikongsikan oleh Puan Ayza Nur bagaimana untuk mencantikkan dapur dengan hanya mengubahsuai 'shower curtain' DIY dan hasilnya amat menakjubkan.

Keadaan dapur sebelum dimasukkan Curtain Penutup Concrete Base Dapur DIY.


Bahan-bahan:

1. Shower curtain (2pcs x RM 14. 90)
2. Curtain bar (4 pcs × RM 3. 30)
3. Hook sticker (2 pkt × RM 1. 30)
*Semua saya beli kat MR DIY


Cara-caranya

Kabinet umah sewa saya nie panjang, jadi saya beli 2 keping curtain tu, ukur sampai labuh mana nak dan kemudiannya potong.

Curtain ni masa beli siap ring tu sekali tau, rod tu saya beli 4 batang, rod tu boleh adjust pnjangnya, manakala nak lekatkan guna hook yang boleh lekat kat marmar tu yang macam kita lekat tempat sabun dalam bilik mandi tu.

Dah lekatkan hook tu masukkan rod tadi dalam ring curtain tu dan kemudian tekan kuat-kuat sikit bagi hook tu melekat kuat.

Hasilnya.




Cantikkan? nampak kemas terus, hilang cacat tadi dengan hanya tutup jer dengan langsir, jom tengok hasil mereka yang dah cuba.







Ramai dah mencubakan, jadi tak salah giliran kita sendiri pula untuk pastikan dapur rumah kita cantik dan kemas. Apa yang paling penting kita boleh tukar macam-macam warna kegemaran. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. izin share ya admin
    mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
      ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

      Padam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "