Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Berkahwin Lagi Sebab Takut Tersalah Pilih, Atau Kita Sebenarnya Terlalu Yakin, Penjelasan Ini Merungkai Akan Perihal ‘Tawakal’

21 Jun 2017
One Comment
Foto: baitulmuslim

Kita telah ketahui yang mana jodoh, rezeki, atau ajal adalah ketentuanNya, tiada siapa boleh tahu akan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Mungkin yang banyak kita lakukan adalah berusaha sebaik mungkin untuk memperoleh sesuatu.

Namun begitu, kita mungkin lupa akan satu perkara, dalam setiap apa yang kita lakukan, inginkan atau dapat, adalah bukan semata-mata dari usaha kita, tapi atas kehendakNya.

Tapi, sejauh mana kita meletakkan diri menyatakan kita sudah ikhtiar dan redha atas segalanya. Menerusi perkongsian dari saudara Shukery Azizan, yang juga editor Tarbiah Sentap. Saudara Shukery telah kongsikan akan hal tidak berkahwin, oleh kerana ‘takut tersalah pilih’, yang dikaitkan dengan betapa jauh kita bertawakal.

Mari kita ikuti dengan lebih mendalam akan perkongsian darinya.

Foto: curlast

Saya dah jumpa beberapa orang yang masih tak nak kahwin lagi walau usia dah lanjut atas alasan yang lebih kurang sama,

"takut tersalah pilih.."

Saya menarik nafas lembut, lalu saya nasihat dengan rasa rendah diri sambil menepuk perlahan bahunya,

"Tahu tak kenapa kau takut?

Kita takut tersalah pilih sebab menyangka kita tahu segalanya. Kita tak minta pada Allah. Kita tak bergantung mutlak pada Allah. Kita tak yakin sepenuhnya kepada Allah.

Kita hanya bergantung kepada usaha sendiri saja. Berilah ribuan alasan, akhirnya kita terpaksa akui bahawa kita tak bergantung pada Allah pun. Bahkan, kita mungkin tak berapa yakin dengan Allah. Kita lebih yakin pada usaha sendiri.

Sebab tu dalam al Quran, Allah banyak kali tekankan isu Tawakal. Nampak serius bukan?

Ya, memang serius. Sebab ia melibatkan penyerahan total masa depan, urusan, pilihan dan tindakan kita pada Allah.

Tetapi kita sombong. Setiap perkara yang terjadi, kita sangka dan yakin itu adalah hasil usaha kita semata-mata.

Dapat masuk universiti,
kita sangka itu hasil dari titik peluh dan susah payah belajar kita.

Dapat result cemerlang,
kita sangka hasil dari study sampai burning the midnight oil.

Dapat biasiswa,
kita sangka itu hasil dari result cemerlang kita.

Dapat kerja,
kita sangka itu hasil dari CGPA dan kepetahan berkata masa temuduga.

Dapat gaji bulanan,
kita sangka itu memang gaji yang confirm syarikat akan masukkan dalam akaun peribadi.

Dapat beli rumah banyak,
kita sangka itu hasil dari ilmu yang kita belajar dan teknik hartanah kita.

Dapat jual produk atau buku beribu-ribu,
kita sangka hasil dari marketing bisnes yang super power.

Dan segala macam urusan harian kita. Atau yang islamik sikit, kita sadurkan dengan ayat,

'aku tawakal la ni..'

Mulut je manis cakap yakin dan tawakal, tetapi hati kita sebenarnya jauhhhhhhhhh sangat daripada yakin dan tawakal pada Allah.

Kita pendusta."


Kawan saya diam. Dia sedikit berang dengan kata-kata saya. Lalu dia tanya,

"so, apa bukti kita betul-betul yakin dan tawakal pada Allah?"

Saya diam. Lalu dijawab,

"Antara buktinya adalah, setiap kali kita nak buat sesuatu, atau nakkan sesuatu perkara, kita akan solat sunat pada Allah. Atau sekurang-kurangnya, kita minta pada Allah dulu. Walau sekecil-kecil perkara.

Contoh, nak makan chicken chop. Kita doa, walau dalam hati, minta untuk makan chicken chop. Lepas doa pendek dalam hati, barulah kita usaha. Nampak macam kelakarkan? Memang kelakar, sebab kita tak pernah buat. Kita lebih yakin dengan usaha sendiri, kurang yakin bahawa Allah yang beri chicken chop tu.

Ataupun, paling kurang bacalah bismillah sebelum buat apa-apa perkara. Tidak semestinya makan minum.

Itu antara tanda kita yakin dan tawakal. Kita minta pada Allah dahulu, kemudian usaha sebaik mungkin, selepas itu baru sebenar-benar berserah. Macam setiap kali nak exam. Selalu buat macam tu kan?

Tetapi, kenapa hanya pada exam saja? Adakah tawakal kita hanya pada exam, interview kerja, viva, dan apa-apa perkara yang kita sangka kritikal saja?"

Dia diam. Saya pun diam sama. Sebab kami sama-sama muhasabah.

Sejauh mana aku benar-benar tawakal pada Allah secara mutlak?


Persoalan berbangkit:

*Bagaimana kalau tidak mahu berkahwin, kerana tak mahu ada komitmen?*

Takut untuk keluar dari zon selesa. Perkahwinan menuntut pengorbanan. Pengorbanan menuntut kita keluar dari zon selesa.

Zon selesa yang dimaksudkan adalah bujang. Pengorbanan akan membina kematangan berfikir serta mempengaruhi disiplin kendiri.

Orang yang takut berkorban, adalah orang yang berjiwa kecil.

*Tidak takut memilih, tapi akhirnya buat pilihan yang salah?*

Setiap individu yang kita berkahwin dengannya, itulah jodoh. Sekiranya bercerai, maka tamat sudah jodohnya.

Sebab kita kena faham konsep jodoh, rezeki dan mati ada "expired date". Dan setiap yang ada di dunia ini pasti akan tamat tempohnya. Yang kekal semata-mata hanyalah Allah.

Jodoh ada 2, jodoh baik dan jodoh buruk. Sama seperti mati, ada mati yang baik dan mati yang buruk. Begitu juga rezeki, ada yang baik dan yang buruk.

Kalau dapat jodoh yang buruk, Allah tak pernah bagi pilihan yang salah kepada kita. Boleh jadi, kita dapat jodoh yang buruk kerana,

1. Amalan dan persediaan kita sebelum kahwin pun buruk.

2. Atau mungkin Allah nak ajarkan sesuatu kepada kita.

3. Atau mungkin Allah nak meningkatkan darjat kita dengan sabar.

4. Atau mungkin Allah nak perbaiki keturunan kita agar tak jadi seperti itu, dan seumpamanya.

Sebab, kalau kita sangka dapat jodoh yang buruk adalah pilihan yang salah, maknanya jodoh Nabi Nuh, jodoh Nabi Luth adalah pilihan yang salah?

Sebab isteri masing-masing derhaka dan engkar kepada mereka dan Allah.

*Jika yang hantar pinangan, duda/janda anak lima, atau jika tak kahwin pun tidak mengapa, kerana lelaki tersebut sememangnya ramai perempuan untuk dijadikan jodoh. Salahkah memilih, ini dikira tidak tawakal?*

Ia terlalu subjektif. Saya tiada jawapan yang kalau saya cakap A, maka A lah ia. Tiada hitam putih. Pandangan saya yang kerdil,

1. Tidak salah untuk membiarkannya. Kita ada pilihan untuk menerima, atau menolak. Kerana jodoh itu adalah saat kita berkahwin dengannya.

2. Tawakal yang saya terangkan panjang lebar di atas merangkumi 3 aspek,

a) Meminta 'pandangan' Allah untuk yang pertamanya (istikharah). Proses ini mesti berterusan. Bukan sekali dua.

b) Meminta pandangan manusia (keluarga, sahabat handai) untuk berbincangan baik dan buruknya (istisyarah).

c) Guna orang ketiga untuk mengetahui peribadi calon. Seperti mana Khadijah menggunakan Maisarah untuk mengetahui calon (Rasulullah).

d) Jika kita pasti untuk menerima, ataupun menolak, maka berserahlah bulat-bulat pada Allah. Apa maksud berserah bulat-bulat? Maksudnya, kalau perkara yang terjadi selepas itu adalah baik (seperti mereka setuju, tiada apa berlaku, etc), kita redha. Tetapi sekiranya berlaku perkara tidak baik (seperti orang mengumpat, kutuk, fitnah, etc), kita sabar.

Inilah tawakal. Harap menjawap soalan.

Shukery Azizan
Shah Alam
25 Ramadhan

- Siakap Keli

BACA: Banyak Mesej Tersirat Dalam ‘Debat’ Antara Pemuda Ini & Bosnya Mengenai Isu Perkahwinan, Yang Juga Mencerminkan Bagaimana Pemikiran Ibu Bapa Akan Hal Ini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ayo bergabung dengan kami di DEWAPK dan menangkan hadiah nyata nya hanya dengan modal 10rb saja loh silahkan mencoba ya.. pin bb D87604A1

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "