Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lakonan Yang Berkesan Dalam Iklan Raya, Que Haidar Terdiam Ramai Peminat Jumpanya Panggil Ayah Su

21 Jun 2017
3 ulasan

Kerana watak lakonan yang dibawanya dalam iklan Pelaburan Mara 2017 sempena Aidilfitri tular baru-baru ini, Que Haidar tidak sangka panggilan Ayah Su dalam lakonannya itu terbawa-bawa ke luar apabila dia disapa peminat dengan panggilan berkenaan.

Iklan berkenaan telah mengisahkan Ayah Su sanggup mengambil tanggungjawab untuk menjaga empat anak saudaranya selepas ibu bapa dan tiga adik-beradik mereka terbunuh dalam kemalangan ketika mahu pulang berhari raya di kampung.

Ternyata iklan yang diarahkan Izuan Mokhtar yang menampilkan pelakon berkaliber seperti Datuk Rahim Razali, Ogy Ahmad Daud, Faizal Hussein, Umie Aida, Harun Hashim, Wan Hanafisu, Fadzilah Mansor dan Azizah Mahzan memberikan kesan yang begitu mendalam.

Menurut Que, orang pertama yang memanggilnya dengan panggilan Ayah Su ialah seorang pekerja tol, baru-baru ini.

“Ketika itu saya mahu menambah nilai kad ‘touch & go’ dan saya beritahu pekerja itu tak perlulah beri saya resit. Dia jawab, “ok, Ayah Su’.

“Saya diam saja kerana saya fikir mungkin dia ingat saya adalah adik saya tetapi rupa kami tidak mirip kerana dia gelap sedikit daripada saya.

“Dia adalah adik bongsu saya dan kami memanggilnya Ayah Su, tetapi tak mungkin pekerja tol itu kenal adik saya,” katanya dipetik tulisan Harian Metro.


Dia kemudiannya berfikir agak lama dan akhirnya teringat akan iklan yang dilakonkannya itu sudah mula tular di laman sosial.

“Apabila membelek laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter, saya dapati ramai yang memuji iklan itu dan mereka memanggil saya Ayah Su,” katanya.

Menurut netizen iklan berkenaan yang dibarisi pelakon-pelakon hebat dan kanak-kanak membawa mesej yang cukup menyedihkan, membuatkan ramai netizen dapat menyelami perasaan mereka yang kehilangan ahli semua ahli keluarga sekelip mata seperti yang terjadi sebelum ini.

Iklan berkenaan yang turut dimuatnaik di laman Facebook Siakap Keli telah menerima tontonan hampir 500 ribu kali dan dikongsi 9000 orang di mana ada netizen yang menyatakan iklan itu mampu mengalirkan air mata sesiapa sahaja yang menonton sehingga ada peminat mahu ianya difilemkan. - Siakapkeli.my



Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. izin share ya admin
    mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya :)

    BalasPadam
  2. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam

  3. www.arenadomino.com
    Live Casino Bandar QQ Poker
    Langsung Aja Di Join:)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "