Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalau Dah Ramai-Ramai Duduk Satu Rumah Bila Hari Raya, 18 Perkara Ini Perlu Diingat, Nanti Taklah Susahkan Orang Lain

20 Jun 2017
3 ulasan


Bila mana pulang ke kampung untuk meraikan hari raya, ianya adalah saat yang menggembirakan sekali, lebih-lebih lagi buat ibu bapa yang mana semua anak-anak, menantu, serta cucunya dapat berkumpul di rumah.

Begitu juga dengan suami, isteri, kerana dapat berjumpa adik-beradik, atau ipar duai, serta rapatkan lagi hubungan anak-anak dengan seupu-sepupu mereka, di mana jarang untuk jumpa secara beramai-ramai sepeerti ini.

Tapi, harus diingat, jika sudah buat keputusan untuk menetap di rumah ibu bapa, pahatkan dalam diri bahawa rumah tersebut juga akan dikongsi oleh semua orang. Jadi, menerusi perkongsian dari saudara Hafiz Mansor ini, boleh dijadikan ikutan, supaya tidaklah nanti menyusahkan saudara-mara lain, yang turut sama menumpang di rumah mak dan ayah.


Bila nak raya ni, terutama balik kampung rumah mak ayah, dah tentu adik beradik, sanak saudara penuh dalam rumah.

Kalau adik beradik kau 10 orang tak termasuk anak buah, tak ke macam kawasan perang kena bom atom jadinya dalam rumah tu.

Tapi, tu lah suasana yang kita hanya dapat rasa time hari raya. Cuma aku nak pesan, bila kau nak balik kampung kau kena ambil tahu dan jangan buat lupa. Aku karate halkum sampai lumpuh kang haaaa...

1. Pampers anak. Tolong beli siap-siap berguni kalau anak kau kerap berak setiap 5 minit. Kau pun tau kedai banyak tutup kat kampung sebab nak raya. Ni bila habis, mula lah pinjam pempers anak buah yang lain. Ingat mak bapak diorang buat jualan amal ke? Dah pinjam, tak ganti baru pula. Pampers mahal oooiii..

2. Susu anak. Ni lagi satu. Anak kau kecik-kecik semua selang setahun. So susu tu minta bawa lebih siap-siap. Bila bawa ngam-ngam saja, mula lah nak pinjam susu anak buah kau. Budak tu pun mak ayah dia dah beli untuk tempoh bercuti. Bila tak cukup masing2, mula lah tarik muka macam tosei.

3. Bila dah berkumpul ramai-ramai, makan pun ramai-ramai, tapi lepas makan pinggan letak dalam singki. Kau ingat adik-beradik kau yang lain orang gaji? Masing-masing makan, lepas tu tolong basuh pinggan tu. Kemas dapur sama-sama. Lepas makan, kau basuh tangan, kau tengok tv. Wah wah wahab enterprise betul.


4. Bila kau guna mesin basuh tu, kalau dah siap, kau angkat baju tu dan sidai lah. Kau ingat orang lain tak ada baju nak basuh? Dah kering baju, angkat la kat ampaian. Sedara kau nak sidai mana? Atas kereta jiran ke?

5. Masing-masing nak raya ni baju semua tak mau kedut. Jadi kau bawak lah seterika kau sendiri dari rumah balik kampung. Tak ada la berebut-rebut nak seterika tudung. Seterika tudung pun 30 minit masing-masing. Tok imam dah serak suara takbir raya panggil datang masjid.

6. Bila ramai balik kampung, kau jangan nak harapkan tilam yang tebal dan empuk lagi Massimo the italian baker. Jadi bawak lah toto sendiri, selimut sendiri untuk kau dan anak beranak, Biasa tak cukup bila ramai-ramai balik. Pandai-pandai lah kau nak tido nanti nak lapik pakai daun pandan ke.


7. Bilik tak cukup, so tido kat ruang tamu, tempat makan. Tu biasa bila balik time raya ramai-ramai. Jadi kau kena bangun awal bila tau kau tido kat depan. Jangan sampai kena pijak sebab tak perasan.

8. Plug umah mak ayah tak banyak. Bukannya cybercafe umah diorang tu. So, kau kena bawak siap-siap extension wire, charger handphone, powerbank masing-masing. Tak lah bergaduh. Budak-budak sekarang pasal charger pun boleh membunuh korek mata.

9. Bila masing-masing baju raya 30 pasang sorang, tolong bawak hanger/penyangkut baju sendiri untuk kau gantung dekat besi tingkap rumah tu. Ni kau pinjam, itu tak cukup mula lah nak bising bila baju dah seterika kedut balik sebab terlipat.

10. Paham-paham sajalah bila dah ramai dalam satu rumah ni dengan pelbagai peringkat umur ni. Kalau boleh, bawak la peralatan mandi macam berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun mandi, tuala sendiri. Tak de la kau bising benda tak cukup dalam rumah.

11. Masa nak mandi tu, jangan lah mandi lama-lama. So, mandi tu ala kadar atau kau bangun jam 4 pagi mandi siap-siap kalau kau jenis spesis mandi slow motion.


12. Beli kasut mahal-mahal, lepas tu rembat selipar orang kat rumah buat pergi sana sini takut kotor kasut. Balik raya, tolong bawak selipar sendiri. Kau ingat orang tu tak keluar beraya jugak pakai selipar?

13. Kalau anak kau jenis tak tahan panas dan lahir di London, tolong bawak kipas sendiri. Tak lah bergaduh, merungut, berpidato menantu mertua dalam rumah.

14. Bila kau beli makanan dan letak kat dapur tu kongsi-kongsikan lah. Kalau tak nak kongsi, kau jangan tunjuk. Letak je bawah katil atau kau korek simpan dalam tanah. Bila letak kat dapur,  kejap saja habis.

15. Kalau kau beli bunga api untuk anak kau saja, kau beli lah lebih untuk anak sedara yang lain jugak. Anak kau sorang saja main, kecik hati budak-budak tu. Kalau tak, main je lah bunga api tu dalam bilik air sambil tutup pintu.

16. Sampah pasti cepat saja penuh. So, masing-masing bertolak ansurlah buang sampah. Ni masing-masing ego. Last-last satu rumah berbau. Pampers anak kau saja pun dah 40 kg.

17. Kemas rumah, cuci lantai, sapu sampah kat luar tu, buat lah sama-sama. Jangan kau biarkan along kau saja, angah kau saja buat benda tu. Kau layan handphone sambil like status hafiz mansor yang kacak tu. Harrey..

18. Kalau kau rasa semua tak boleh, menyusahkan, nak selesa kau duduk sajalah hotel dengan anak beranak. Tapi feel raya dia tak sama bila berkumpul ramai-ramai walaupun tak selesa.

Tu je lah aku nak kongsikan yang mana aku tahu. Korang boleh share kalau ia bermanfaat untuk orang lain nak balik raya ni.

- Siakap Keli

BACA: Pulang Berhari Raya Ke Kampung Halaman, Ini Senarai Ubat-Ubatan Yang Perlu Dibawa Sekali, Untuk Sakit-Sakit Ringan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "