Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ingat Apa Niat Kita Berkahwin Bersama Pasangan, Tiada Peti Sejuk, Sofa, Ketepikan Itu Dahulu, Yakin Akan Rezeki Berumah Tangga, Kelak Ia Akan Jadi Kenangan Indah

11 Jun 2017
4 ulasan

Lumrah hidup berumah tangga, sudah pasti memerlukan pasangan suami isteri untuk saling memahami antara satu sama lain. Tiada istilah untuk meminta-minta, sama ada untuk kehendak diri, mahu pun sekadar menutup mulut orang lain.

Di awal perkahwinan, tiada salah untuk hidup bersederhana, seperti yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir ini, kerana ia menjadi pengikat kasih sayang, serta mengukuhkan lagi nilai perngorbanan antara suami isteri.

Tiada istilah untuk sengaja membebankan satu sama lain, ia merupakan lumrah kehidupan yang harus ditempuh dalam membina kebahagiaan bersama.


Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.

Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.

Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.

Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.

Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.

Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.

Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.

Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.

Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.

Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.

Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!

[ASY]

- Siakap Keli

BACA: Tidak Mengapa Jika Di Awal Perkahwinan Hanya Makan Bersila Sahaja, Kerana Hidup Bersederhana Lebih Indah Bila Bersama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. ayo bergabung dengan kami di dewapk^^ diadd ya pin bb kami D87604A1

    BalasPadam
  4. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "