Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elakkan Anak Ketagih Dengan Gajet, Tips Berkesan Untuk Pujuk Anak Bersiar-Siar Dan Menikmati Aktiviti Sihat Di Luar

20 Jun 2017
2 ulasan

Ramai ibu bapa kini telah melakukan kesilapan dalam membesarkan anak-anak mereka terutamanya terlalu awal mendedahkan penggunaan alatan digital seperti gajet walaupun anaknya masih bayi.

Menurut segelintir ibu bapa, dengan memberi gajet untuk menonton kartun kegemaran membuatkan anak tidak merengek, buas atau menyepahkan rumah, sedangkan proses itu adalah normal bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar.

Jadi ibu bapa perlu untuk 'memaksa' mereka ini keluar menjalani aktiviti di luar rumah tanpa gajet bersama, tepi untuk membawa mereka keluar terutamanya masih kecil, kanak-kanak itu memerlukan masa untuk membiasakan diri di tempat-tempat baru, termasuklah di kawasan luar rumah seperti taman rekreasi dan sebagainya.

Pendedahan kepada tempat yang baru boleh mendatangkan stres dan ketidakselesaan buat mereka, namun mereka juga perlu keluar bersiar-siar untuk mendapatkan udara segar dan menenangkan minda dan fikiran.

Berikut adalah cara-cara untuk membawa anak anda keluar dan menikmati aktiviti luar.


1. Rancang aktiviti yang bakal dilakukan dengan teliti. Dengan perancangan yang baik, anak anda dapat membiasakan diri dengan cepat dan anda akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan yang mereka akan meragam kerana tidak mahu keluar.


2. Bawakan buku mewarna atau alat permainan kecil agar mereka tidak terlalu menumpukan perhatian kepada perasaan tidak selesa berada di luar.


3. Sentiasa ingatkan mereka tentang tatasusila dan tingkah laku yang baik semasa berada di tempat awam.

Satu lagi perkara yang boleh mendatangkan stres kepada anak anda adalah  apabila mereka berada dalam penerbangan jarak jauh. Ruang terkurung kapal terbang mungkin boleh membuat mereka cemas dan tidak selesa lebih-lebih lagi jika penerbangan tersebut mengambil masa yang lama.


Berikut adalah tips untuk membiasakan mereka menaiki kapal terbang:

1. Pastikan anda berkomunikasi dengan mereka sebelum menaiki kapal terbang, sewaktu berada di dalam penerbangan dan setelah mendarat. Jelaskan kepada mereka tentang prosedur penerbangan agar mereka tahu apa yang patut dijangkakan sepanjang penerbangan. Latih dan biasakan mereka untuk menaiki penerbangan dari usia yang kecil


2. Alihkan tumpuan mereka setiap kali mereka tampak ketakutan. Bawakan set permainan atau gunakan alat peranti hiburan dalam penerbangan.


3. Andainya mereka menangis dan meragam, berikan mereka gula-gula atau mainan yang boleh menenangkan mereka.


Berita gempar untuk ibu bapa! Baru-baru ini, Wyeth ® Nutrition telah melancarkan buku dari *Koleksi MISI ARIF untuk membantu anda memupuk perilaku baik dan menjadi hero untuk Si Manja!

Reka bentuk buku interaktif *MISI ARIF bukan sahaja menarik tetapi isi kandungannya sarat dengan nilai-nilai murni yang dapat memanfaatkan anak-anak anda.

Ingin dapatkan koleksi ini secara online? Boleh! Dapatkan *Koleksi MISI ARIF ini di 11street dan Lazada. Ada diskaun lagi tau!

Tunggu apa lagi? Cepat dapatkan kesemua *Koleksi MISI ARIF dan ketahui lebih lanjut di laman web Wyeth ® Nutrition dan Facebook S-26® Progress®Malaysia

Nota : Kumpul kesemua koleksi *MISI Arif dengan setiap pembelian S-26® Progress® & S-26® Promise® hari ini!

Jika anda rasa apa yang dikongsikan ini bermanfaat, jangan lupa untuk tekan butang ‘Share’ dan sebarkan tips-tips ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. Ayo bergabung dengan kami di DEWAPK dan menangkan hadiah nyata nya hanya dengan modal 10rb saja loh silahkan mencoba ya.. pin bb D87604A1

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "