Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Budak Bisu & Autism Berusia 4 Tahun Perlahan-Lahan Mati Kebuluran Bersebelahan Mayat Ibu

11 Jun 2017

Seorang budak sekolah kurang upaya berusia empat tahun mati kebuluran sambil berpaut di mayat ibunya selepas dia ditinggal bersama mayat itu lebih dari dua minggu lamanya.

Chadrack Mbala Mulo, yang bisu dan austistik, ditemui sambil memeluk mayat ibunya, Esther Eketik-Mulo di rumah flat mereka di London.

Menurut inkues yang didengarkan, difahamkan Chadrack tidak dapat memberitahu orang lain bahawa ibunya telah meninggal dunia selepas diserang sawan.

Seorang koroner memutuskan bahawa Chadrack meninggal dunia pada 18 Oktober lalu akibat dehidrasi dan malnutrisi dengan penyakit autism sebagai faktor penyumbang.

Jiran di Trelawney Estate di Hackney dilaporkan menyangka bau busuk yang datang dari rumah flat keluarga tersebut berpunca dari masakan ibu Chadrack.

Kes tersebut telah mempersoalkan tindakan sekolah apabila pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah.

Koroner Mary Hassel menulis di dalam laporan: "Chadrack mempunyai masalah belajar dan, apabila ibunya mati secara mengejut di rumah pada 1 atau 2 Oktober 2016, dia tidak tahu siapa yang perlu dipanggil atau tidak tahu bagaimana hendak memberi makan dirinya sendiri.

Pekerja di sekolahnya, Morningside Primary, telah melawat rumah keluarga itu dua kali dan menelefon beberapa kali pada awal Oktober namun gagal berhubung.

Ms Hassell menggesa satu sistem baru diwujudkan untuk mengendalikan kes ketidak hadiran pelajar susulan kes terbabit.

Sumber: Mirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. ayo bergabung dengan kami di dewapk^^ diadd ya pin bb kami D87604A1

    BalasPadam
  4. dewalotto.com banyak permainan yang seru lho..
    silahkan di coba ya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "