Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Alami Kecederaan Pada Anggota Badan Yang Perlu ‘Disimen’, Ini Penjagaan Kas ‘Plaster of Paris’ Yang Harus Dititik Beratkan

11 Jun 2017
5 ulasan

Mungkin ada di antara rakan, atau ahli keluarga yang mengalami kecederaan atau kemalangan yang menyebabkan terpaksa disimen.

Namun begitu, mungkin ramai di antara kita tidak mengetahui akan penjagaan yang harus di ambil serius sekiranya kecederaan tersebut disimen.

Menerusi perkongsian dari seorang jururawat, iaitu saudara Mohamad Azrin yang berkongsi kembali akan penjagaan ‘plaster of paris’ (POP), dari penulisan Penolong Pegawai Perubatan, iaitu saudara Harith Baharuddin, sedikit sebanyak memberi kita kesedraan akan pentingnya untuk ‘menjaga’ POP ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Penjagaan Pemakaian Kas Plaster Of Paris (POP) / SIMEN

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

"POP” adalah satu singkatan yang sinonim dalam bidang perubatan sama ada dalam negara atau luar negara. Amnya, ia diguna pakai di bawah Jabatan Orthopedik (bahagian tulang) dan aplikasi pemasangan POP ini diterajui oleh profesion Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang mana ilmu ini telah di terapkan kepada setiap PPP sejak pelatih lagi.

Pada istilah orang awam, POP lebih di kenali dengan istilah “simen” kerana cara pembuatan dan hasil daripada prosedur ini akan menghasilkan satu kas yang kuat dah keras. Indikasi utama bagi aplikasi kas POP ini adalah untuk :

“immobolize" - (memastikan bahagian tersebut tidak bergerak) anggota atau sendi yang mengalami kepatahan di samping turut dijadikan rawatan untuk masalah “ligament tear”.

Penjagaan selepas aplikasi POP adalah amat penting dan kebanyakan pesakit tidak mengendahkannya dan akhirnya ia akan menyebabkan tujuan utama aplikasi kas ini tidak tercapai malah akan mendatangkan komplikasi.

Tambahan lagi, perkara yang paling penting sebelum, semasa dan selepas pemakaian kas POP ini adalah berdasarkan 5 prinsip berikut yang dinamakan sebagai 5P (Pain, Pallor, Paraesthesia, Pulselessnes dan Paralysis). 

Jika 5 prinsip ini tidak tercapai, pemakaian kas tidak boleh di lakukan atau jika sudah pakai ia perlu ditanggalkan semula kerana ia akan mendatangkan komplikasi kepada pesakit.


Antara nasihat dalam penjagaan kas POP adalah :

1. Datang segera ke hospital semula jika berlaku komplikasi ataupun plaster retak, pecah atau basah – elakkan daripada mendapat komplikasi.

2. Elakkan daripada berdiri dan mengenakan berat badan pada kas dalam masa 48 jam selepas pemakaian – kas akan menjadi rosak kerana belum kering sepenuhnya.

3. Ampu dan letak anggota yang dipasang kas atas bahan lembut semasa proses pengeringan kas – bagi mengelakkan kas menjadi bengkok.

4. Tinggikan anggota yang berplaster apabila sedang duduk atau baring – bagi melancarkan peredaran darah.

5. Jangan gunakan “hair dryer” untuk mengeringkan kas POP sebaliknya biarkan ia kering sendiri dengan udara biasa – akan merosakkan struktur kas dan mendatangkan komplikasi pada kulit pesakit

6. Pastikkan kas POP sentiasa kering – elakkan daripada kas basah yang mana akan menyebabkan kas rosak dan prinsip “immobilization" tidak tercapai.

7. Jangan kotorkan atau menconteng pada kas POP – sumber jangkitan.

8. Jangan membuang bahagian dalam kas (orthoban) atau menyimpan sesuatu di dalamnya- sumber jangkitan dan merosakkan kas.

9. Lakukan senaman ringkas dengan melatih pergerakkan anggota yang tidak berada di dalam kas – elakkan kekakuan sendi dan otot

Jika kas POP ini tidak dijaga dengan baik dan diabaikan kebersihannya, ia akan menyebabkan beberapa komplikasi. Antaranya ialah “pressure sore”, “skin blistering” , kegatalan , sakit, pembengkakan dan sebagainya.

Penjagaan pemakaian kas POP perlulah diikuti agar anda tidak memperoleh komplikasi dan seterusnya akan hanya menyebabkan diri anda menjadi lebih merana.

(Artikel ini ditulis oleh Harith Baharuddin, seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 di Hospital Melaka.)
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. ayo bergabung dengan kami di dewapk^^ diadd ya pin bb kami D87604A1

    BalasPadam
  4. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam
  5. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "