Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kes Bayi Maut Tercampak Dari Axia: Pemandu Kereta Proton Persona Ditahan Polis

29 Mei 2017


29 Mei - Pemandu kereta jenis Proton Persona yang terlibat dalam kemalangan dengan Perodua Axia yang menyebabkan seorang bayi berusia tiga bulan maut telah ditahan polis, lapor Berita Harian.

Bayi berkenaan maut selepas tercampak dari kereta keluarganya di KM 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam, pemandu itu telah ditahan hari ini untuk memabntu siasatan.

"Pemandu terbabit selesai menjalani ujian saringan air kencing dan kita dapati keputusannya negatif. "Selepas ujian air kencing, kita juga ambil spesimen darahnya untuk pemeriksaan ujian dadah dan alkohol di Hospital Kuala Kubu Bharu," katanya sebagaimana lapor Berita Harian.

Tambah Supramaniam lagi, pemandu kereta Axia dan isteri masih berada di Hospital Sungai Buloh.

Video kejadian viral di media sosial hari ini.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. kene bagi upah kat kamera man tu..kalau dia membantu siasatan la

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "