Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Empat Anggota Bomba Nyaris Maut, Teksi Terbakar Yang Sedang Dipadam Tiba-Tiba Meletup

2 Mei 2017
No Comment



Empat orang anggota bomba daripada pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah mengalami kecederaan selepas sebuah teksi terbakar yang sedang cuba dipadam mereka tiba-tiba meletup berhampiran stesen MRT Buona Vista, semalam, lapor Straits Times.

Pihak polis dalam satu kenyataan berkata, mereka dimaklum tentang kejadian kemalangan antara teksi dan sebuah kereta sekitar jam 2.15 petang di Commonwealth Avenue, di mana teksi berkenaan jenis Trans-Cab itu kemudiannya terbakar sehingga menyebabkan satu letupan besar tercetus.

Sebuah rakamn kejadian kebakaran itu telah disiarkan oleh pihak media tempatan di mana memaparkan dua anggota terbabit pada mulanya dilihat memadam kebakaran dengan air menggunakan gegelung hos.


Bagaimanapun tiba-tiba teksi berkenaan meletup agak kuat menyebabkan orang ramai dan penduduk setempat yang berada berhampiran lokasi kejadian terperanjat besar.

Menurut penduduk tempatan letupaan itu telah menggegarkan kawasan berkenaan dan kata mereka banyak serpihan besar dan kecil berterbangan di sekitar tempat itu seumpama letupan bom.

Dalam pada itu, siasatan awal polis dan pihak SCDF, punca letupan itu mungkin disebabkan gas asli (CNG) yang terbebas ekoran teksi tersebut tidak menggunakan isian petrol, sebaliknya menggunakan gas asli berkenaan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "