Melbourne - Pesawat Malaysia Airlines MH128 terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas seorang penumpang cuba memasuki kokpit, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu pada Rabu.
"MH128 yang berlepas dari Melbourne pada 11.11 malam (kira-kira 9 malam waktu Malaysia) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 5.28 pagi pada 1 Jun berpatah balik ke Melbourne selepas kapten diberitahu oleh kru kabin bahawa seorang penumpang cuba memasuki kokpit," kata kenyataan itu.
Pesawat itu mendarat dengan selamat di Melbourne pada 11.41 malam.
Lapangan terbang Melbourne kini dilaporkan dalam keadaan berjaga-jaga dan semua penerbangan digantung, lapor Herald Sun.
Selain itu, satu gambar yang tersebar di atas talian turut memaparkan polis bersenjata sudah mengawal pesawat terbabit.
Image reportedly from #MH128 at Melbourne Airport shows armed police on board https://t.co/69j4r8e4uu pic.twitter.com/8XagTqx4bD— Channel NewsAsia (@ChannelNewsAsia) May 31, 2017
Kemaskini:
Beberapa laporan mengatakan lelaki itu berjaya dikawal oleh penumpang-penumpang dalam pesawat itu.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Aziz Ab Kaprawi mengesahkan penumpang terbabit mabuk. [The Star]
BalasPadamHIDUPMU AKAN LEBIH BAHAGIA SETELAH BERGABUNG DI #DEWA-LOTTO
BURUAN DAFTARKAN DIRI ANDA SEKARANG JUGA !