Bangi
- Syarikat hub pengedar koleksi pakaian siap, Prima Valet (PV) menawarkan
harga tudung Mira Filzah dan tudung Farah Hanim (Design Pucci dan Floral) pada
harga RM1 kepada 200 orang pertama yang menghadiri acara Raya Bergaya di Prima
Valet yang akan berlangsung pada Khamis, 25 Mei 2017.
Acara
yang akan bermula pada 11 pagi itu akan diadakan di Bangi Ostia Business
Avenue.
Menerusi
satu kenyataan, PV berkata, setiap 200 pembeli terawal boleh mendapatkan tudung
dengan harga RM1 itu sehingga 5 helai setiap seorang.
Bagaimanapun,
mereka yang terlepas dari menjadi 200 pembeli pertama masih boleh menikmati
harga tudung ekslusif itu pada harga yang sama apabila membeli barangan lain di
acara terbabit.
Selain
tawaran tersebut, acara Raya Bergaya di Prima Valet akan turut mengadakan
persembahan fesyen serta turut diwarnai dengan kedatangan artis-artis popular
seperti Fattah Amin, Anzalna, Fazura, Amy Search, Shaheizy Sam yang membuat
lelongan koleksi mereka kepada pengunjung.
Alamat acara:
PRIMA VELET SDN BHD
No. 1-19-3A, Jln Medan Pusat Bandar 8
Bangi Sentral, Seksyen 9
43650 Bandat Baru Bangi
Selangor. (Bersebelahan tol Bangi)
Tel:
03-8922 0864
Prima Valet
Prima
Valet adalah sebuah nama yang mewarnai dunia fesyen tempatan yang bertindak
sebagai sebuah hub pengedar koleksi pakaian siap yang dihasilkan oleh
pereka-pereka muda tempatan. Jika sebelum ini, pereka-pereka muda menggunakan
media sosial sebagai medium pemasaran, kini Prima Valet mengambil inisiatif
memasarkan kesemua produk pakaian di bawah satu bumbung. Penubuhan dan
pembukaan Prima Valet ini adalah salah satu cara untuk membolehkan para pembeli
melihat dan merasai sendiri secara lebih dekat koleksi rekaan-rekaan yang jika
sebelum ini hanya boleh dilihat menerusi alam maya sahaja.
Menurut
Pengarah Urusan Prima Valet, Encik Muhd Hilmi bin Che Azman (EL Azman), beliau
mensasarkan Prima Valet dapat berkembang dengan meluas untuk tahun pertama
serta lebih banyak butik akan dibuka dibawah empayar Prima Valet. Sebagai permulaan,
Prima Valet akan membuka empat buah kedai bagi menjalankan operasi perniagaan
dan mengangkat fesyen RTW untuk Koleksi Hari Raya sebagai medium utama.
Dalam
pada itu, pemilik bersama Prima Valet, Dr Arshad Beg berkata, beliau ingin
menjadikan Prima Valet sebagai pusat pemakaian siap (RTW) yang terbesar di
Malaysia. Dalam ertikata lain Prima Valet adalah sebuah pusat fesyen yang mampu
memberi kepuasan untuk seisi keluarga untuk mendapatkan pakaian siap bagi
keperluan untuk semua peringkat umur. Dalam masa terdekat juga Prima Valet akan
mensasarkan juga fesyen terkini seperti jaket, cardigan dan baju korporat
bersesuaian dengan peredaran masa.
Kesemua
koleksi yang dipasarkan adalah bersesuaian untuk semua golongan dari
kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa. Selain daripada itu terdapat juga
Baju Melayu moden, jubah klasik dan moden serta fesyen muslimah terkini yang
menggunakan warna-warna cerah dan sesuai.
Dalam
masa yang sama, Prima Valet turut mengalu-alukan orang ramai diluar sana untuk
bersama-sama dalam bisnes ini dengan menjadi stokis atau personal shopper.
Pemilik jenama dibawah Prima Valet:
1. SHASYA HABIB
- Asyalliee By Shasya Habib
- Sasqia By Shasya Habib
2. MEYLANA
3. ELRAH EXCLUSIVE
- Amy Search By Elrah Exclusive
- Nur Aishah X Elrah Exclusive
- Shaheizy Sam X Elrah Exclusive
- Michael Ang X Elrah Exclusive
- Youme&Hunny X Elrah Exclusive
- Altelia Amani X Elrah Eclusive
- Puteri Zarith By Altelia Amani
- Zukie X Elrah Exclusive
- Far8byalteliaamani x Elrahexclusive by FattahAmin
4. NUR AMIRAH
5. NURAISHAH
Bagi
mendapatkan perkembagan dan tawaran terkini dari Prima Valet, boleh ikuti laman
Instagram mereka di @primavalet atau ikuti Facebook
mereka: Prima Valet.