Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Ditinggalkan Oleh Kekasihnya, Peguin Ini Jatuh Cinta Dengan Keratan Anime

22 Mei 2017
No Comment


Seekor burung penguin di Zoo Tobu di Miyashiro, Jepun, telah mencuri tumpuan di media sosial apabila ia dikatakan jatuh cinta dengan satu keratan anime.

Kisah cinta Grape mula diketahui apabila dia mula merenung dalam ke arah Hululu - satu karekter dalam Kemono Friends yang dicipta berdasarkan penguin Humboldt - yang diletakkan di dalam bahagian penguin di zoo berkenaan.



Namun, staf zoo berkenaan memberitahu BuzzFeed bahawa kehidupan cinta Grape bukan satu kisah yang menggembirakan. Grape dibawa ke zoo berkenaan 10 tahun yang lalu berpasangan dengan seekor lagi penguin betina bernama Midori.

Bagaimanapun, Midori sanggup meninggalkan Grape, 20 tahun, untuk berpasangan dengan seekor penguin yang lebih muda. Sejak ditinggalkan, Grape mula menjauhkan diri dari kumpulan penguinnya.



Biarpun sukar untuk 'mengesahkan' perasaan cinta Grape kepada Hululu, staf di zoo berkenaan berkata tabiat Grape yang suka datang ke tempat yang sama mencadangkan ia tertarik kepada Hululu.

"Grape mula datang ke kawasan itu sejak kami pasang keratan terbabit," kata penjaga zoo berkenaan. "Ia mungkin tersalah anggap keratan itu adalah staf, tetapi apa yang pasti dia pergi ke tempat berkenaan kerana tertarik kepada sesuatu."



Malah, hubungan antara Grape dan Hululu juga telah dirasmikan minggu lepas, apabila Grape bergambar dengan Ikuko Chikuto, artis yang memainkan suara Hululu.


Kisah cinta antara Grape dan Hululu itu menjadi inspirasi kepada orang ramai khususnya di Jepun. Sejak kisah Grape itu viral, banyak lukisan digital yang memaparkan kisah cinta pasangan itu dimuat naik di Internet.

birdcheese.tumblr.com

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "