Mungkin kita pernah dengar pesanan yang menyatakan jangan guna telefon semasa petir, jangan menonton televisyen ketika petir, matikan semua peralatan elektirk ketika petir.
Semua ini kerana bimbang jika petir akan menyambar rumah kita akan menyebabkan cas elektrik berlebihan berlaku yang boleh merosakkan barangan elektrik kita dan boleh berlakunya kecelakaan kepada diri sendiri.
Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Nik Nur Fila kisah yang dianggapnya paling ngeri seumur hidup, mana tidaknya dia telah terkena renjatan elektrik akibat disambar petir ketika sedang menggunakan telefon bimbitnya yang sedang dicas.
Jom baca kisahnya.
Pengalaman ngeri seumur hidup
Petir petang tadi kuat kan ? nasib baik tak arwah .. Syukur , masih dipanjang umur hingga sekarang, menaip ni pun masih trauma, ketar2 kebas tangan .. seriau nak pegang phone.
Betul la orang kata, bila dah kene kat diri sendiri baru la kau tahu rasa .. And yes ! today is my turn . Innalillahiwaillahirajiun ..
Sesiapa sebelum ni pun pernah pesan, Jangan main phone masa tengah charge ! Jangan pegang phone masa hujan lebat .. nak di jadikan sebab, maghrib tadi baru 5minit pegang phone sebab seharian jaga anak demam, tak sempat nak scroll newsfeed , tetiba terbaca satu berita seorang sahabat meninggal dunia harini , baru je nak komen .. tetiba petir berdentum , satu rumah blackout.. plug hangus , screen phone pecah (mungkin dah rosak).
Bayangkan mima yang tengah pegang phone masa kejadian, tak tahu macam mana dengan berat 77kg pun boleh melayang melambung sampai dari bucu katil sana hingga bucu katil sini .. MELAMBUNG WEII ..
Dia punya sakit jangan cakap laa , menangis sampai hilang suara , telinga berdesing , kepala bengang , tangan kanan tak rasa apa .. kebas sampai sekarang, sendi semua sengal .. Alhamdulillah, syukur .. nasib baik tak kene renjatan atau hangus tanpa taubat .. dasyat tak dasyat dinding bilik sampai retak teruk .. nasib baik takde litar pintas terjadi ..
Peringatan kat diri sendiri jgak atau kat siapa2 yang suka main phone .. Kalau hujan lebat tu boleh kot, slow2 cabut plug yang mana tak guna .. kena current dekat plug sbb tangan basah tu tak sama dengan kene current masa petir nii.
Boleh maut kalau terlambat , Alhamdulillah sekarang dah boleh gerak jari slow2 , tapi tangan kanan masih kebas tak terasa , telinga masih berdesing , darah kat tangan masih belum stabil (pucat) .
Nasib baik ada suami geng current juga .. boleh sama sama ketawa sebab sama sama dah rasa . LOL !
So hati2 kalau phone yang tengah charge, kalau boleh tak pyah sentuh pun phone kalau tengah charge atau hujan .. Kalau taknak rasa pengalaman gegar otok , bengong palo dan sebagainya.. Hihihi
Hati Hati korangg
Assalamualaikum
- Siakapkeli.my