Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mengerjakan Ibadah Umrah Di Tanah Suci, Ini Tip & Persediaan Sekiranya Membawa Bayi Bersama

18 Mei 2017
No Comment

Dapat mengerjakan ibadah umrah, atau haji sememangnya satu anugerah yang besar, ianya adalah impian buat saudara Islam, yang mana untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.

Saat itu lebih bermakna sekiranya dapat pergi bersama ahli keluarga, sama ada suami, isteri, ibu, bapa, adik-beradik, atau anak-anak. Rasa syukur tidak putus dilafazkan tatkala berpeluang menunaikan rukun islam ke-5 itu.

Bagi seorang ibu, iaitu Puan Nur Fatehah, yang mana mengerjakan umrah bersama suami, dan anaknya, Pn Fatehah telah kongsikan akan tip dan persediaan yang dilaluinya bersama bayi mereka.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Perkongsian & Tips membawa bayi ke Tanah Suci

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Assalamualaikum. Alhamdulillah pada 3 Mac 2017 yang lepas saya, suami & anak kami telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

Di sebabkan banyak pertanyaan saya terima 'Okay tak bawak baby?' 'Ada tips tak bawak baby' ... Maka saya dengan rendah hati berkongsi serba sedikit pengalaman kami membawa bayi kami Khalish Furqan Bin Khairulamin, 6 bulan. Semoga penulisan saya ini memberi manfaat dan semangat untuk ibubapa di luar sana.

Ya, memang saya akui agak mencabar sebenarnya... Tambahan pula Khalish Furqan seorang bayi yang dilahirkan pramatang, dan dia hanya minum Expressed Breast Milk (EBM) fresh atau chiller sahaja. 


Tidak mudah sebenarnya bila menjadi seorang EPmom, tapi cekalkan hati dan sentiasa istiqomah bahawa 'Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.' InshaAllah...

Terus terang saya akui, saya ada search di internet berkaitan tips membawa bayi ke Tanah Suci. Tetapi, kebanyakan adalah kanak-kanak yang sudah melebihi setahun. Memang agak takut sebenarnya. 

Tambahan pula untuk Khalish Furqan tiada perlindungan vaksin yang boleh diberikan seperti orang dewasa yang wajib mengambil Vaksin Meningococcal Quadrivalent. Tetapi, kami positif, positif dan positif. Tetapkan dalam hati agar sentiasa yakin Allah itu Maha Melindungi.

Kami bergerak pada pagi Jumaat 3/3/17. Flight 11.00 pagi. Jam 5.00 pagi kami dah tiba di KLIA. Berdekatan dengan balai berlepas ada disediakan baby room. Lengkap dengan baby cot, sofa & langsir tertutup. 

Sempat jugak pam susu sekali sementara tunggu Khalish Furqan tidur selepas mandi. Penerbangan kami dengan Saudia Airlines, masuk je kabin saya request bassinet dekat FA. Alhamdulillah rezeki Khalish Furqan, ada bassinet. Sebolehnya hold baby untuk minum susu sampai time take off dan landing untuk elak ear discomfort.



Barang yang perlu ada dalam flight (handcarry)

a. Diaper bag. Pampers spare lebih. Perjalanan KL-Med 8 jam setengah. Airport Med ke hotel dalam 1 jam setengah. Saya sediakan 6 keping.
b.Baju tukar 2 helai
c. Tuala kecil
d. Baby food
e. Toys
f. Minyak bayi Ritz ManjaQu- beli di Lazada, untuk ketidakselesaan perut dan memudahkan bayi tidur. Ianya 100% natural menggunakan minyak-minyak pati tumbuhan
g. Wet tissue
h. Hand sanitizer
i. Susu secukupnya. Saya bawa extra susu chiller 2 botol.
j. Cooler bag, ice brick dan pam susu. Boleh bawak masuk jangan risau. (Untuk EPmom)
k. Sabun basuh botol. Letak dalam bekas kecil. Nak cuci botol minta FA cucikan ye. Jangan cuci dalam toilet. Hygiene dan elakkan dari Rotavirus!

Untuk ibu-ibu yang runsing nak packing apa untuk di bawa ke Tanah Suci

a. Pampers. Saya bawa 2 bag. Yup banyak. Kena sentiasa pastikan baby bersih. Kat sana pampers ada jual, tetapi pek kecil dan agak mahal.
b. Baju tidur , baju basahan, baju siang secukupnya.
c. Selimut 3 helai
d. Tuala 2 helai
e. Stoking secukupnya
f. Baby head to toe shampoo
g. Kain napkin / sapu tangan
h. Wet tissue
i. Ubat demam, selsema dan batuk. Penting sangat! Ubat di sana mahal.
j. Kool Fever
k. Kipas angin bateri
l. Changing mat
m. Berus baju dan sabun baju. Sana tiada dobi self service ya. Puas pusing cari. Ada dobi biasa je charge sehelai baju 5riyal. Terasa rugi nak hantar baju comel-comel satu 5riyal. Ada berus baju boleh cuci dan jemur di rooftop (kebanyakan hotel ada sediakan tempat jemur baju)
n. Berus botol dan sabun cuci botol. Penting ye especially untuk EPmom! Kena pastikan botol dan pam susu sentiasa bersih. Rendam dengan air panas bila baby tak menyusu.

Subuh pertama di Masjid Nabawi. Allahu... Sebak, kelu tak terkata. Cuaca agak sejuk time subuh. Jadi kena make sure ada bawa sweater untuk bayi anda. Sentiasa pakaikan stoking dan bawa alas untuk letak bayi dalam masjid ya. Saya alas dengan kain selimut. Selalunya kalau tiada ziarah di hari tersebut, selepas solat subuh kami balik hotel untuk sarapan, bagi Khalish berehat dan mandi sebelum keluar untuk solat zohor.



Tips dalam Masjid Nabawi

a. Sebolehnya jangan bagi anak anda the centre of attention. Kat sana umat seluruh dunia, berbagai bangsa pelbagai negara. Boleh duduk dekat ruangan khas women with children. Dan selagi boleh sembunyi bayi dalam tudung atau telekung anda, silakan buat. 

Saya pegang Khalish sementara tunggu waktu solat. Bukan apa, kebanyakan mereka tiada sensitiviti. Ada yang batuk, selsema nak jugak cium gomol Khalish. Selagi boleh elak, say akan bagi isyarat NO. Tambahan pula Khalish bayi pramatang. 

b. Botol susu sebolehnya cari bekas untuk cover. Cover dengan kain pun boleh. Macam saya kata, jangan bagi nampak anak kita centre of attention. 

Orang kat sana akan pandang lain macam kalau nampak bayi minum susu atau menangis. Kalau Khalish menangis akan ada banyak tangan nak dukung Khalish. Tolak cara baik dan cuba tenangkan bayi anda. 

c. Belajar untuk solat sambil mendukung bayi anda ketika keadaan sangat memerlukan seperti nangis yang berpanjangan. 

d. Seelok-eloknya sebelum ke masjid bersihkan bayi, tukar pampers dan tukar baju yang bersih supaya ia tidak menjadikan kita was-was ketika sedang solat nanti.

e. Di Masjid Nabawi ada tempat menukar lampin berdekatan dengan tempat mengambil wudhu. Bawa changing mat yang kalis air dan ringan. 

f. Pilih tempat yang paling hujung atau berdekatan dengan tiang atau dinding. Jadi boleh letak bayi anda di tepi dinding. Make sure datang awal ke masjid untuk dapat tempat 'strategik'.



Kunjungan ke Raudhah

Pertama kali menjejakkan kaki ke Raudhah. Menunggu giliran masuk ke Raudhah memang lama dan hampir give up sebab Khalish tiba-tiba cranky. Time tu ustazah suruh ikut rombongan yang naik wheel chair. 

Tapi dekat lane wheel chair selalunya banyak orang-orang nak curi masuk line. Sebab ruangan khas untuk wheel chair ada karpet hijau jugak. Itulah taman-taman syurga. Khalish ada orang pegangkan sementara solat sunat. 

Bila dapat solat di karpet hijau, pastikan kita doa sungguh-sungguh dalam sujud terakhir. Jangan expect kita boleh duduk tadah tangan berdoa lepas solat. Saya baru nak tadah tangan berdoa, kena tolak dengan penjaga di sana. Suruh beredar dan bagi orang lain solat pula. Frust tapi Alhamdulillah diberi kesempatan solat di taman-taman syurga.

Tips! Kaum lelaki yang bawa bayi agak mudah masuk ke Raudhah berbanding wanita. Masa diambil juga singkat. Cuba berbincang dengan suami jika dia boleh tolong bawa bayi bersama.

Hari terakhir di Masjid Nabawi suami bawa Khalish masuk tengok makam Rasulullah. Alhamdulillah bila penjaga tengok suami bawa Khalish terus bagi laluan untuk masuk. Allah... bertuahnya Khalish dapat 'jumpa' Rasullullah. Perempuan tak boleh masuk ya.

'Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak'



Perjalanan ke Mekah menaiki bas mengambil masa lebih kurang 6 jam. Khalish agak jemu bangun tidur bangun tidur. Sampai dekat RNR Highway cepat-cepat tukar pampers & baju Khalish. 

Jangan expect RNR disana selesa macam kita ya. Itu pentingnya changing mat dan alas. Time tu kami semua sudah dalam keadaan berihram.

Sampai di Mekah jam 9.00malam. Time tu Khalish dah meragam sebab nak bergolek atas katil. Mutawwif beri masa 1 jam untuk kami bersedia sebelum melakukan umrah. Check-in je bilik terus letak Khalish atas katil. 

Bukan main ceria lagi dia dapat bergolek golek. Dengan 1 jam tu sempat pam susu sementara suami uruskan Khalish, tukar pampers & baju bersih. Pentingnya bila bawa bayi atau kanak-kanak bersama suami kena saling bantu membantu. Alhamdulillah suami sangat memahami dan ringan tulang. 



Keluar je bilik menuju lift kami terbau sesuatu... 'Ahhh sudah. Khalish poo-poo la ni!' Time tu rasa macam ahhh dah la lambat mutawwif dan rombongan lain mesti dah nak gerak. Al-maklum la first time, jadi ada gabra sikit. Tapi suami cakap sabar, sabar, sabar... Allah uji sikit je ni. Biasa lah tu. Baru lah macam relax sikit. Di Tanah Suci, jaga percakapan jaga hati. Walau apa pun yang kita lalui, doa banyak-banyak minta dipermudahkan InshaAllah.

Umrah pertama kami, dari start tawaf sampai tahallul Khalish tidur! Tidur yang sangat-sangat lena! Bayangkan keadaan bising dan masa bertawaf tolak menolak dan berhimpit. Allah Allah... sungguh Allah mudahkan kami. 

Sepanjang tawaf suami yang dukung Khalish. Kami tak pakai kan carrier sebab risau Khalish kurang selesa. Semasa saie pula, kami bergilir bawa Khalish. Berat tak berat pun 7kilo jugak! Hihi. Masa time saya dukung Khalish, terfikir bagaimana Siti Hajar dulu berkorban membawa Nabi Ismail dari Safar ke Marwah. 

Tengok muka Khalish yang lena tidur di pelukan hati jadi sebak, jadi anak yang soleh ye sayang! Selesai je saie Khalish bangun... siap boleh senyum kat semua orang lagi. Hehe...


Tawaf sunat

Anas bin Malik mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda,

 "2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya. Dua jenis tawaf itu adalah tawaf setelah solat Subuh yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan tawaf setelah solat Asar yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari."

Selalunya tawaf selepas solat subuh dan asar memang agak ramai orang. Tapi time selepas subuh masih lagi time tidur Khalish. Jadi setiap kali tawaf mesti dia akan tertidur. Kami try pakaikan carrier. Sambil duduk pun dia boleh tidur walaupun bersesak ketika tawaf... Baik anak ibu!

Always keep your belongings safe. Ya... jangan rasa di Tanah Suci tiada kejadian kecurian ya. Kasut saya dicuri jemaah lain sekelip mata je! Nasib dapat balik bila ada jemaah Ukraine yang solat sebelah saya nampak dan mereka lah yang tolong dapatkan kasut saya kembali. 

Seeloknya barangan yang sangat berharga seperti telefon bimbit dan duit letak dalam beg silang yang sentiasa berada di tubuh kita. Juga, barangan lain letak dalam bag dan terus zip selepas digunakan. Saya tak lupa kejadian botol susu Khalish di curi orang. Ini betul-betul berlalu depan mata saya. Pelik! Hmmm.



Ziarah

Biasanya ziarah tidak mengambil masa yang lama. Lepas subuh sehingga sebelum zohor dah balik. Untuk Epmom, boleh bawak pam susu in case terasa nak pam.

Khas untuk EPmom

Teruskan rutin mengepam seperti biasa. Minta bantuan suami ketika dalam flight atau bas. Kebiasaanya sebelum keluar solat di masjid saya akan siap-siap pam susu untuk Khalish. 

Sepanjang di Madinah atau Mekah saya tidak pernah lagi membawa pam ke Masjid. Bila anda di sana InshaAllah anda boleh plan rutin mengepam anda. Jangan risau... Sentiasa berniat dalam hati supaya Allah memudahkan perjalanan kita sebagai EPmom dan semoga bayi kita akan dapat susu yang mencukupi sepanjang tempoh penyusuan InshaAllah!


Stok EBM

Di KLIA saya cuma bawa 2 botol stok EBM (lebih 100ml setiap satu) dan Alhamdulillah selepas budi bicara dan jasa baik pihak kastam Malaysia mereka membenarkan saya membawa EBM tersebut ke dalam kabin. 

Saya turun di Madinah, tiada apa-apa masalah dengan pihak kastam dan juga perjalanan pulang melalui Jeddah juga tiada persoalan dari pihak Kastam mereka. 

Saya tidak pasti adakah kerana mereka nampak bayi bersama saya jadi keadaan agak mudah tetapi menurut staff rombongan, pihak kastam mereka memang agak longgar jika kita membawa air dan sebagainya masuk ke dalam kabin. 

Untuk bawa stok EBM ke dalam cargo tiada masalah perkhidmatan sealed ada di Airport Jeddah bayaran 20riyal.

Penyimpanan stok EBM di Mekah dan Madinah

Saya tidak terlalu risau untuk simpan terlalu banyak stok kerana baby bersama saya. Di hotel saya menginap juga ada menyediakan mini fridge bar di dalam bilik. Saya yakin kebanyakan hotel juga begitu. 

Cuma saya tidak pasti jika mahu simpan EBM dalam freezer. Boleh minta bantuan pihak katering di sana kerana jemaah dari Malaysia selalunya akan ada syarikat Indonesia/Patani yang serve makanan di sana. Cuba minta tolong mereka. InshaAllah...

Tambahan -
Di Airport Jeddah tiada baby room. Surau di tingkat G agak spacious jadi sementara menunggu flight pulang saya bawa Khalish berehat di situ.

Sejujurnya, seronok bila kita nampak baby depan mata sepanjang kita beribadah. Walaupun sedikit penat dan kadang kala terkejar-kejar, sentiasa berdoa semoga semuanya dimudahkan, kita dan baby diberi kesihatan yang baik, baby boleh sesuaikan diri dengan baik dan sentiasa dilindungi di mana sahaja kita berada. Niat yang baik pasti Allah akan permudahkan. Yakin!

Terima Kasih kerana sudi membaca.

- Siakap Keli

BACA: Membawa Si Kecil Ketika Mengerjakan Umrah, Ini Tips Yang Boleh Dipraktikkan Untuk Memudahkan Urusan Dalam Menunaikan Ibadat
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "