Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Dipenjara 3 Tahun Selepas Guna Duit Palsu Untuk Beli Petai

2 Mei 2017

Melaka: Seorang lelaki berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan sekeping wang palsu bernilai RM100 untuk membeli petai pada bulan lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman terbabit kepada lelaki tersebut yang juga seorang buruh sebaik sahaj pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menggunakan sekeping wang palsu RM100 dengan No siri AF 1811083 untuk pembelian petai dengan mengetahuinya sebagai wang palsu.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2.15 petang di Pasar Batang Tiga, Pantai Klebang pada 15 April lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bermula dari tarikh ditangkap iaitu 17 April lalu.

Sumber: Kosmo!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "