Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak 2 Tahun Lemas Selepas Terjatuh Dalam Baldi di Pejabat Teman Lelaki Ibu

25 Mei 2017


Seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya dalam kejadian di Meru, Ipoh semalam.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, Fatini Aleysha Abdul Karim disahkan meninggal dunia selpas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang mahu membuang air besar dibawa ke tandas oleh teman lelaki ibunya yang berusia 31 tahun manakala ibunya, 41, menunggu di dalam kereta.

Susulan itu, ibu mangsa dan teman lelakinya ditahan polis semalam bagi membantu siasatan dan direman pagi ini di Mahkamah Majistret Ipoh.

Mereka dibawa ke mahkamah 10.30 pagi sebelum Penolong Pendaftar Wong Lok Hai membenarkan wanita berkenaan direman selama empat hari manakala teman lelakinya direman enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam baldi.

"Lelaki berkenaan membawa mangsa naik ke pejabatnya untuk membuang air besar manakala ibu mangsa menunggu di dalam kereta sebelum lelaki berkenaan turun dalam keadaan cemas dan memberitahu kanak-kanak itu jatuh ke dalam baldi.

"Mereka kemudiannya membawa mangsa ke HRPB sebelum disahkan meninggal dunia dan laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat lemas," katanya.

Sum berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "