Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) Buaya 1 Tan Terperangkap Berjaya Diangkat Keluar Oleh Bomba Selepas 3 Jam

28 Mei 2017


Klang, 28 Mei - Seekor buaya seberat 1 tan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba Selangor dalam kejadian yang berlaku semalam.

Sebelum itu, buaya terbabit ditemui terperangkap di sebuah pintu air kolam takungan oleh sekumpulan pekerja stesen janakuasa elektrik Kapar Energy Venture (KEV) di Kampung Tok Muda di sini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan, sepasukan 14 anggota bersama jentera digegaskan ke lokasi selepas menerima laporan.

Katanya, sejurus tiba dilokasi kejadian, anggota kita dengan bantuan pekerja KEV telah memulakan operasi menangkap buaya terbabit sebelum menemui reptilia kira-kira pukul 4 pagi terperangkap di pintu air kolam takungan stesen janakuasa terbabit.

"Kami telah menggunakan kekunci rantai dan peralatan khas untuk menarik buaya yang terperangkap itu ke kawasan selamat.

"Kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menaikkan buaya terbabit kerana kedudukannya di kawasan sempit dan kedalamannya melebihi 9 meter selain berat buaya yang mencecah hampir satu tan ,"katanya sebagaimana laporan Kosmo!



Zaidi berkata, sejurus buaya tersebut berjaya dinaikkan dari pintu kunci air terbabit, reptilia itu kemudiannya menyerahkan reptilia terbabit kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Operasi keseluruhan tamat kira-kira pukul 10 pagi tadi . Tiada sebarang kejadian tidak diingini semasa operasi dan ia berjalan dengan lancar,"ujarnya. - K! ONLINE





Sumber: Kosmo!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. reptilia itu kemudian menyerahkan reptilia terbabit...

    Semuanya reptilia heh? Bila la admin nk peka masalah typo ni?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "