Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fikir Anda Cukup Sado? Jom Tengok 10 Jenis Tekan Tubi Paling Brutal di Dunia Ini & Fikir Semula Kesadoan Anda

1 Mei 2017
No Comment

Tekan tubi tanpa tangan?
Pernah tengok video tekan tubi tanpa tangan yang dikatakan berlaku di Rusia pada 2012?


via GIPHY

Kalau pernah tengok, mesti fikir video tu tak masuk akal kan? Ye la, memang tak logik la kan boleh buat tekan tubi guna kaki je. Impossibruu!

Bagaimanapun, berikut adalah senarai 10 tekan tubi - yang benar-benar wujud dan legit - paling brutal di dunia ni. Kalau anda boleh buat salah satu dari tekan tubi ni, memang power.

10 - Tekan Tubi Sebelah Tangan


via GIPHY

Kalau anda fikir tekan tubi sebelah tangan dah cukup hardcore, fikir sekali lagi. Yup, tekan tubi ini merupakan yang paling senang dalam senarai ini. Tapi memang payah nak buat tekan tubi sebelah tangan. Kalau dapat buat lima pun dah cukup bangga.

9 - Tekan Tubi Lompat-Bergerak


via GIPHY

Macam senang je.. Cuba buat tengok!

Tekan tubi jenis ini sekali tengok memang nampak macam senang, tapi kekuatan dan ketahanan yang diperlukan untuk kembali bangun setiap kali bergerak tu boleh habiskan tenaga kita dalam sekelip mata.

Setiap belah tangan pula kena ada kekuatan yang seimbang untuk menampung berat badan. Tengok la kan lengan mamat atas ni besar mana.


via GIPHY

8 - Tekan Tubi Superman


via GIPHY

Tekan tubi Superman ni memerlukan daya kekuatan setiap jari untuk mengangkat badan naik ke atas semula.

Untuk melakukan tekan tubi ini, kesepuluh-sepuluh jari perlu dibuka dan menjadi tapak untuk menahan berat badan. Kaki juga memainkan peranan penting, tapi cuma sekadar penahan sahaja.


7 - Tekan Tubi Tepuk Tiga Kali


via GIPHY

Tepukan hadapan (ketika naik) digabungkan dengan tepukan belakang ketika berada di udara dan akhir sekali, tepukan hadapan ketika badan kembali jatuh ke lantai. Tekan tubi ini berlaku sangat pantas sehinggakan kita perlu dengar kepada bunyi tepukan untuk mengesahkan ketiga-tiga tepukan dilakukan secara sempurna.


6 - Tekan Tubi Dua Jari


via GIPHY

Lihat saja tekan tubi ni pasti teringatkan Bruce Lee kan? Kejayaan dia melakukan tekan tubi ini pernah dirakam dan dimasukkan ke Youtube.


Bagaimapun, tekan tubi Bruce Lee itu hanya berada di tempat ke enam dalam senarai ni.


5 - Tekan Tubi Handstand Dua Jari


via GIPHY

Ouchh! Kalau nak seimbang badan untuk buat handstand pun tak lepas, jangan sesekali cuba tekan tubi ni. Silap haribulan boleh patah jari bro.

Tengok saja muka mamat kat atas ni, badan dah sado gila pun muka ketat lagi tahan sakit nak angkat badan tu.

Tekan tubi ni memang akan menguji kekuatan jari sama ada mampu menampung berat badan atau tak.

4 - Tekan Tubi Superman Terbang 


via GIPHY

Nak buat tekan tubi ni senang je. Masa buat tekan tubi tu anjakkan seluruh badan ke udara. Apabila badan jatuh ke tanah semula, ulang balik proses tadi.

Nampak macam gembira je kan buat tekan tubi ni? Tapi penat ooo..


3 - Tekan Tubi Planche


via GIPHY

Angkat dan seimbangkan seluruh badan dengan menggunakan kekuatan jari. Itu kekuatan yang diperlukan bagi melaksanakan dengan sempurna tekan tubi Planche ini.

Kalau berat anda 80 kilo dan berjaya melakukan tekan tubi Planche, itu bermakna jari anda mampu menahan dan mengangkat berat 80 kilo!

2 - Tekan Tubi Aztec


via GIPHY

Tekan tubi ni memang memenatkan dan gila. Ia memenatkan kerana semua anggota badan kita perlu bergerak serta memainkan peranan. Ia juga gila kerana ralat yang kecil boleh membuatkan kita tersadai atas katil berbulan-bulan lamanya.

Untuk tekan tubi ini, kita bukan sahaja perlu mengangkat badan ke udara, malah perlu menyentuh kaki menggunakan tangan. Siapa yang boleh buat ni memang power gila!


1 - Tekan Tubi 90 Darjah


via GIPHY

Berada di tangga pertama senarai ini adalah tekan tubi 90 darjah. Memang ramai yang berbeza pendapat dengan mengatakan tekan tubi Aztec lebih sukar berbanding tekan tubi 90 darjah tetapi secara peribadi, tekan tubi ini lebih sukar untuk dikuasai.

Malah, pemain gimnastik sendiri pun sukar untuk menguasai teknik ini.

Tekan tubi 90 darjah bukan sahaja memerlukan kekuatan tangan yang utuh, malah memerlukan keseimbangan badan yang kuat.

Kalau anda dapat menguasai kesepuluh-sepuluh variasi tekan tubi ini, anda mungkin antara insan istimewa di dunia ini yang mampu melakukan sedemikian.

Dalam pada itu, tonton video bagaimana pemuda bijak ini kekal cergas biarpun sudah berpeluh-peluh buat tekan tubi.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "