Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu, Walla

24 Mei 2017


KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Xpax, jenama prabayar utama Celcom Axiata Bhd, kini memperkenalkan pek hiburan baharu,Video Walla dan Music Walla kepada pelanggannya yang menjadi peminat hiburan muzik dan video.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan, Azwan Khan Osman Khan berkata, pengenalan Music Walla dan Video Walla menunjukkan komitmen syarikat untuk terus menawarkan hiburan digital terbaru dan terbaik melalui konten muzik dan video kepada pelanggannya, yang disokong rangkaian evolusi jangka panjang sepantas kilat Celcom.

"Video Walla dan Music Walla itu akan memastikan pelanggan mendapat hiburan terbaik tanpa bimbang kehabisan kuota data," katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk tersebut di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin.

Azwan Khan berkata, pelanggan boleh stream muzik tanpa had di Music Walla pada harga berpatutan dengan langganan RM1 seminggu dan RM3 sebulan.

Peminat hiburan video boleh menikmati Video Walla dengan RM1 sehari untuk 1GB video dan RM7 seminggu untuk 10GB.

Sementara itu, Zalman Aefendy berkata, Music Walla menawarkan konten daripada platform streaming muzik popular dan lebih 30 stesen radio tempatan.

Pelanggan Video Walla boleh menikmati hiburan daripada Youtube, iflix, Netflix dan lain-lain, katanya.

-- Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 9 ulasan )
  1. biasanya i dengar muzik kat youtube so hanya perlu beli plan video walla, i rasa kurang pengguna akan beli plan music walla.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi video walla tu lebih mahal sikit dan ada data terhad utk video....
      Saya rasa beli musik walla lebih baik, sebab unlimited & murah

      Padam
  2. tapi video walla ni data ada kuota yg terhad..
    Nasib baik skrg Ramdhan boleh nikmati kuota berganda.....2x data

    BalasPadam
  3. @fenon so hanya perlu bayar rm7 dah blh dpt 20gb data??macam mana dpt data berganda tu?? ada apa2 term and conditions?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 20gb banyak sgt ni!!!U hanya perlu subscribe add-on plan mereka via Xpax app dan blh dpt double data

      Padam
  4. Ayo bergabung dengan kami di DEWAPK dan menangkan hadiah nyata nya hanya dengan modal 10rb saja loh silahkan mencoba ya.. pin bb D87604A1

    BalasPadam

  5. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam

  6. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino
    hanya dengan 1userid sudah bisa mencoba semua games lo

    BalasPadam
  7. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666 - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "