Foto: satujam
Penjagaan diet yang seimbang adalah penting dalam menangani penyakit yang tidak diingini, jadi, pada usia muda, ianya harus dijaga sebaik mungkin agar kekal sihat sepanjang masa.
Bagaimana pula untuk memastikan anak kecil, sihat, serta tidak mengalami obesiti, walaupun mereka baru sahaja sekolah rendah?
Menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Zahara Abdul Manaf, terdapat cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, dalam memastikan anak tidak mengalami obesiti lebih-lebih lagi sewaktu mereka masih kanak-kanak lagi.
Ianya boleh bermula seawal ibu masih hamil lagi. Bagaimana caranya? Mari kita ikuti perkongsian dari Dr Zahara ini.
Foto: newkidscenter
Kanak-kanak montel/cubby/bam-bam/berlebihan berat badan sudah menjadi kebiasaan sekarang. Dalam setiap 10 orang kanak-kanak sekolah rendah , 1-2 orang berlebihan berat badan atau obes.
Manakala, setiap 10 orang pelajar sekolah menengah, 2-3 orang yang mengalami masalah ini. Kalau dulu susah untuk mencari kanak-kanak sekolah yang mengalami keadaan ini dalam satu kelas. Dalam satu sekolah, adalah 2-3 orang. Sekarang, sudah biasa mendengar kanak-kanak sekolah darjah 5 atau 6 memakai seluar saiz 30.
Masalah berlebihan berat badan dalam kalangan kanak-kanak bukan sahaja mendatangkan masalah fizikal kepada mereka tetapi boleh mendatangkan masalah kesihatan. Pada usia muda, mereka boleh mendapat masalah kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah saluran pernafasan terutama masa tidur serta masalah sosial (rasa rendah diri, diejek dll).
Jadi, apa yang ibubapa perlu lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Masalah berlebihan berat badan dalam kalangan kanak-kanak bukan sahaja mendatangkan masalah fizikal kepada mereka tetapi boleh mendatangkan masalah kesihatan. Pada usia muda, mereka boleh mendapat masalah kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah saluran pernafasan terutama masa tidur serta masalah sosial (rasa rendah diri, diejek dll).
Jadi, apa yang ibubapa perlu lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Ianya perlu bermula daripada sebelum hamil. Berikut 10 perkongsian tip.
1. Sebelum hamil
1. Sebelum hamil
Pastikan berat badan ibu dan bapa dalam julat normal. Risiko anak untuk mengalami berlebihan berat badan dan obes meningkat jika ibu atau bapa atau kedua2nya mengalami masalah ini. Jadi, jaga berat badan tidak terhenti sehingga majlis perkahwinan shj.
2. Semasa hamil
2. Semasa hamil
Pantau aras gula darah dan peningkatan berat badan supaya tidak berlebihan. Ibu yang mengalami diabetes semasa hamil, mempunyi risiko untuk melahirkan bayi yang besar dan bayi ini mempunyai risiko untuk mengalami masalah berlebihan berat badan/obes.
3. Berilah susu ibu sepenuhnya
Bayi yang diberi susu ibu mempunyi risiko yang lebih rendah untuk mengalami masalah obesiti semasa kecil atau dewasa.
4. Perkenalkan makanan pelengkap apabila bayi berusia 6 bulan
4. Perkenalkan makanan pelengkap apabila bayi berusia 6 bulan
Perkenalkan pelbagai jenis kumpulan makanan yang tidak ditambah gula dan perisa termasuk sayur-sayuran pada awal usia supaya mudah mereka menerimanya nanti. Lagi lambat perkenalkan sayur, lagi susah untuk mereka makan sayur bila besar.
5. Seisi keluarga mengamalkan pemakanan sihat
5. Seisi keluarga mengamalkan pemakanan sihat
Tidak stock up 'jajan', minuman ringan, makanan padat kalori di dalam rumah. Snek sihat hanya terdiri daripada buah-buahan, roti, biskut tanpa krim/gula dan snek sihat yang disediakan di rumah.
Hormati tahap kenyang anak. Janganlah dipaksa anak untuk menghabiskan makanan jika mereka sudah kenyang. Jangan pula diberi pujian jika anak dapat menghabiskan makanan dalam kuantiti besar yang tidak sesuai dengan usia mereka.
Sebaliknya berilah pujian jika mereka mengambil makanan yg sihat dan makan dalam kuantiti yang berpatutan dengan usia mereka.
6. Bergerak bebas dalam rumah
6. Bergerak bebas dalam rumah
Kanak-kanak diberi peluang untuk bergerak bebas di dalam rumah dan ruang rumah tidak dipadati dengan perabut untuk membolehkan kanak-kanak bergerak bebas dengan selamat.
7. Hadkan masa menonton
Foto: spectrumnews
Hadkan 'screen time'/masa menonton atau menggunakan gadget seperti tablet, tv, telefon bimbit tidak lebih daripada 2 jam sehari.
Memang sangat mudah menenangkan anak dengan memberi mereka bermain gadjet. Tetapi, kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi bermain gadjet 2 jam atau lebih sehari mempunyi risiko lebih tinggi untuk menjadi hiperaktif dan berlebihan berat badan.
8. Mendapat makanan sihat
Foto: medicalalertfoundation
Pastikan anak-anak mendapat makanan sihat semasa di nurseri dan sekolah. Ini boleh dilakukan samada dengan menyediakan bekal daripada rumah atau perbincangan dengan pihak nurseri. Hadkan duit saku ke sekolah dan didik anak-anak jenis makanan apakah yang sihat untuk dibeli.
Biasanya, jika amalan pemakanan sihat sudah diamalkan di rumah, kanak-kanak akan pandai memilih makanan yang sesuai mereka beli semasa di luar.
9. Tidak penuhi jadual waktu anak dengan waktu belajar sahaja
9. Tidak penuhi jadual waktu anak dengan waktu belajar sahaja
Biasanya kanak-kanak sekolah dipenuhi dengan jadual pembelajaran sampai ke malam dan tiada masa untuk beriadah. Berilah galakan kepada anak untuk terlibat dalam acara sukan di sekolah, beri kebebasan untuk mereka beriadah masa terluang di rumah dan aturkan aktiviti riadah pada hari minggu.
Semua ibubapa ingin anak berjaya dalam akademik, tetapi sudah pasti tiada ibubapa yang mahu anak mendapat penyakit kronik pada awal usia dan mempunyai jangka hayat lebih pendek daripada mereka sendiri.
10. Luang masa berkualiti
10. Luang masa berkualiti
Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak tidak semestinya perlu makan makanan berkalori tinggi di restoran, kedai makan atau di rumah. Kanak-kanak lebih gembira jika ibubapa dapat meluangkan masa bersama mereka untuk bermain di padang permainan, bersiar-siar di tempat-tempat yang menjadi tarikan kanak-kanak atau remaja.
Amalan hidup sihat perlu disemai daripada awal. Makin awal makin senang. Kalau sudah agak terlambat, janganlah putus asa dengan rebel anak-anak. Ibubapa perlu tabah, tegas dan memberi penerangan kepada anak-anak dengan baik. Lakukan bersama dan konsisten. Jangan sampai si anak sahaja yang rasa perlu 'berpantang'.
DR. ZAHARA ABDUL MANAF
DISEMBER 2016
- Siakap Keli
BACA: Bagaimana Untuk Mengelakkan Kanak-Kanak Dari Menjadi Obes, Doktor Ini Kongsikan Tip Pemakanan Sihat Buat Kanak-Kanak
Amalan hidup sihat perlu disemai daripada awal. Makin awal makin senang. Kalau sudah agak terlambat, janganlah putus asa dengan rebel anak-anak. Ibubapa perlu tabah, tegas dan memberi penerangan kepada anak-anak dengan baik. Lakukan bersama dan konsisten. Jangan sampai si anak sahaja yang rasa perlu 'berpantang'.
DR. ZAHARA ABDUL MANAF
DISEMBER 2016
- Siakap Keli
BACA: Bagaimana Untuk Mengelakkan Kanak-Kanak Dari Menjadi Obes, Doktor Ini Kongsikan Tip Pemakanan Sihat Buat Kanak-Kanak