Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Tidak Sombong Biarpun Berkereta Mewah, Putera Dubai Bantu Tarik Treler Terlekat Guna Mercedes 4WD

5 Apr 2017


Putera Dubai, Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, dirakam membantu sebuah treler terlekat dengan menariknya menggunakan kereta Mercedes- Benz G-Wagen.

Menerusi klip video yang dimuat naik di Youtube minggu lepas, Sheikh Hamdan dilihat berada di dalam Mercedes-Benz terbabit dan menggunakan tali bagi menarik treler terbabit.

Menurut Arab News, putera itu turut serta bersama-sama beberapa kereta lain membantu treler terbabit bergerak di atas jalan semula.

Bagaimanapun, usaha menarik di peringkat awal gagal apabila tali yang digunakan untuk menarik treler itu putus.

Namun, usaha tersebut berjaya selepas treler itu kemudian membuang sedikit muatan sebelum ditarik semula.

Pengakhiran video itu memaparkan Sheikh Hamdan bersalaman dengan pemandu lori tersebut sebelum berlalu pergi.

Menurut RT.com, biarpun Sheikh Hamdan berasal dari keluarga diraja yang kaya-raya, beliau tidak sombong.

Malah, putera itu memang dikenali dengan sifat sering membantu rakyat jelata tanpa mengira pangkat.

Menurut RT, nombor plat Mercedes berkenaan ialah ‘Dubai 11’, iaitu merujuk kepada nombor pendaftaran yang sama digunakan untuk kereta milik Putera Mahkota Dubai.

Tambah portal berkenaan, Putera Mahkota berasal dari keluarga diraja Al Maktoum itu antara yang terkaya di UAE dan keluarganya memiliki harta kekayaan AS$12 bilion (RM53 bilion).


Sumber: SinarArab News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "