Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Tak Ada Protokol, Kaki Ayam & Karpet Merah" - Video Ketibaan YDP Agong Untuk Majlis Bacaan Yaasin Buat Netizen Kagum

23 Apr 2017

Esok (24 Apr) merupakan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dan semua rakyat Malaysia bercuti sempena hari bersejarah itu.

Pada 20 April lepas, satu majlis bacaan Yāʾ-Sīn diadakan sempena hari pertabalan itu dan baginda tiba untuk majlis itu dengan sangat bersahaja.

Video ketibaan baginda Sultan Muhammad V itu dimuat naik oleh pengguna Twitter Ainul Akmal Hafizan‏ yang nyata kagum dengan sifat merendah diri baginda.

"Ketibaan YDP Agong di Masjid Putrajaya untuk majlis bacaan Yāʾ-Sīn sempena pertabalan baginda.
No protocol, kaki ayam & no red carpet. 😍" tulis Ainul.


Video berdurasi 12 saat itu pada mulanya merakamkan baginda Sultan Muhammad V berjalan di atas karpet merah yang disediakan. Bagaimanapun, baginda mempercepatkan perjalanan dengan mengambil laluan lebih pantas dengan memotong karpet itu.




Yup, Sultan Muhammad V memang terkenal dengan sifat baginda yang tidak mementingkan protokol dan juga merendah diri.

Satu lagi yang dapat dilihat dalam video itu adalah baginda berjalan dengan sangat pantas. Semua orang dalam video tu pun kena jalan pantas untuk mengikut baginda.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "