Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Latih & Tunjuk Cara Kawal Emosi Dengan Baik, Kerana EQ Yang Tinggi Akan Membawa Kepada IQ Yang Tinggi Buat Anak-Anak

23 Apr 2017
No Comment
Foto: understood

Setiap dari kita semestinya mempunyai emosi, dan daripada emosi itu jugalah baru kita dapat menggambarkan apa yang dirasai, sama ada gembira, sedih, atau takut.

Begitu juga dengan kanak-kanak, yang mana emosi mereka memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran, dan tumbesaran mereka.

Melalui perkongsian dari Puan Adlil Rajiah ini, ibu bapa seharusnya memahami akan emosi anak-anak terlebih dahulu, supaya tidak terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Dalam buku, dalam FB & IG posts, dalam newspaper interviews, dalam talks and sharing sessions,
satu perkataan yang saya selalu ulang ulang ulang banyak banyak banyak kali ialah-- EMOSI.

95% dalam hidup seseorang manusia adalah berkaitan emosi.

Kalau kita adalah doktor pakar, 5% sahaja kita gunakan kepakaran kedoktoran dalam kehidupan seharian, 95% lagi adalah menggunakan emosi.

Kalau kita pemandu formula one, 5% sahaja kepakaran digunakan untuk menang di track lumba, 95% lagi adalah menggunakan emosi.

Kalau kita pembuat kek tersedap di dunia, 5% sahaja kepakaran digunakan untuk buat kek yang sedap, berkualiti, dan ekslusif, 95% lagi adalah menggunakan emosi!

Sebab tanpa emosi yang baik, doktor pakar takkan mampu merawat pesakit dengan baik. Pesakit tengok muka doktor pun boleh meninggal.

Tanpa emosi yang baik, pemandu formula one takkan mampu memandu dengan baik di track lumba.

Tanpa emosi yang baik, pembuat kek takkan ada khudrat yang bagus untuk buat kek yang sedap tahap sekali gigit terus menggelepur.

Sebab bila dah namanya MANUSIA, kekuatan yang sebenar adalah pada--EMOSI.

Kebolehan mengurus emosi diri, dan kebolehan mendalami emosi orang lain.

Sebab selagi kita duduk atas muka bumi ni, 95% urusan harian kita adalah berurusan dengan manusia.

Manusia bermaksud--emosi.

So as parents, dari awal lagi kita sepatutnya latih anak-anak tentang pengurusan emosi yang baik. 

Kita sepatutnya tunjuk contoh yang baik dari segi mengenal dan mengawal emosi diri sendiri. 

Kita sepatutnya tahu cara komunikasi dan reaksi yang betul, untuk memelihara emosi orang lain, termasuk anak-anak.

Anak-anak yang dipaksa belajar atau dididik dalam keadaan emosi yang kurang baik, mungkin boleh dapat straight As dalam exam, tapi hakikatnya mereka tak tahu halatuju, untuk apa mereka capai semua tu, dan tak mampu mengurus emosi dengan baik dalam kehidupan seharian.

Foto: tridentunitedway

Tapi anak-anak yang belajar dan dididik dalam keadaan emosi yang baik, walaupun tak dapat straight As dalam exam, akan sentiasa bangkit dan mencari jalan penyelesaian, akan sentiasa tahu self-worth dalam diri, akan gunakan potensi dirinya secara keseluruhan untuk mencipta kejayaannya sendiri, dan seterusnya membanggakan ibu bapa dengan cara yang tersendiri.

Sebab? 

Emosinya sentiasa terpelihara. "State of mind" mereka sentiasa positive. Dan mereka berupaya menarik lebih banyak perkara positive dalam hidup.

EQ (emotional quotient) yang tinggi akan sentiasa membawa kepada IQ (intellectual quotient) yang tinggi.

IQ tanpa EQ adalah ibarat watak Cipher dalam Fast & Furious 8,otak bijak tapi perangai macam syayatinnn.

So when parenting, keep calm and focus on the EQ development first, and the IQ will eventually come.

Bak kata salah seorang guru saya-- "Yang tenang (emosinya), akan menang."

- Siakap Keli

BACA: Kata-Kata & Tindakan Yang Tidak Seharusnya Dilakukan Oleh Ibu Bapa Apabila Berhadapan Dengan Anak-Anak
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "