Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Kucing Akak Yang Mati Tu Saya Dah Buang Dalam Tong Sampah," Jawapan Dari Pemilik 'Pet Shop' Buat Pemilik Kucing Tertekan

18 Apr 2017
No Comment

Selalu kita dengar, menjadi dilema bagi seorang yang memelihara haiwan apabila hendak pergi bercuti di mana mereka perlu meninggalkan haiwan peliharaan mereka.

Ada yang meninggalkan haiwan berkenaan di rumah saudara, itu kalau mempunyai saudara, jadi terpaksa membayar ke kedai haiwan, namun bila orang jaga kita tak tahu bagaimana mereka menjaganya.

Itulah terjadi kepada suadara Abel Cix dan isterinya, dimana kucing yang ditinggalkan di kedai haiwan peliharaan mati, beliau bagaimanapun redha, namun jawapn yang diberikan oleh pekerja dan pemilik kedai berkenaan baut beliau kecewa.

Jom kita baca.

(Kanan) Baby selepas diambil, dia tak apa-apa, cuma selesema. (Kiri) ni gmbar diambil sebelum aku balik dari petshop tu.

Hari ini, genaplah setahun umur Bulus, mungkin silap akau tak selidik habis-habis dulu pasal petshop yang akau nak letakkan Bulus dan Baby semasa aku hendak ke Thailand dulu dengan niat tinggalkan dekat petshop tu, ada yang jaga, ada yang akan tengok, tapi tak..

9 April 2017, jam 2 petang, bergerak ke Thailand dan 9 April 2017, jam 11.40 pagi aku hantar Bulus dan Baby ke petshop untuk servis "Hotel Kucing" dan macam yang dijanjikan aku akan ambil semula pada 17 April 2017,.

Masa nak hantar aku dah pesan pada staff yang aku akan ke Thailand dan apa-apa jadi boleh refer aku di Whatsapp, jadi lepas dia check si Bulus dan Baby, semuanya okay dan sihat barulah diterima masuk ke situ.

Aku pun tinggalkan petshop itu, sayu aku tengok muka bulus nak kena tinggal, baby macam biasalah, mulut dia saja yang bising.

14 April 2017 jam 1 petang, aku gerak balik dari Thailand ke Malaysia dan 15 April jam 2.15 petang aku baru sampai ke Malasyai, sampai ke tarikh itu, aku tak terima apa-apa berita dari petshop berkenaan.

Jadi, aku anggap Bulus dan Baby tidak meragam di situ, jadi aku buat keputusan 16 April 2017 aku pegi ambil Bulus dan Baby dekat kedai itu memandangkan bada rasa letih dan penat sangat berkonvoi dari Thailand ke Malaysia.

16 April 2017 jam 11.30 pagi, aku pergi ke petshop berkenaan dengan semangat rindukan si Bulus dan Baby untuk bawa balik, tiba di kaunter, aku tunjuk resit untuk collect, staff lelaki petshop itu dengan tak ada reaksi bersalah atau takut kata

"Kak, nak bagitahu yang kucing akak sekor tu mati."

"Mati? yang mana?"

"Yang besar tu"

Aku rasa nak menjerit pun ada, nak melaung pun ada, (yang bela dan hidup dengan kucing jer akan faham perasaan ni) sebab apa? sebab cara dia bagitahu macam aku ni kayu, maca tak ada perasaan.

Weh, sensitif sikit jadi orang, walaupun kucing yang mati, tapi aku yang bela dia macam anak aku sendiri, last-last kau bagi tau "kak kucing akak dah mati" perghhhhhh!.

"Bila dia mati?" aku tanya, kawal lagi air mata ni, sumai tak tahu lagi ni, sebab dia tunggu dalam kereta.

"Dia mati 11 April, kami cuba telefon akak, mesej akak tapi akak tak balas"

Nal terkeluar biji mata ni, "kenapa tak wasap", saya dah pesan apa-apa wasap, aya tak ada kat Malaysia" dia dengan selamber pun jawap "terlepas pandang kak, customer ramai" nak terburai isi perut aku dengan alasan dia.

Ehh.. bo*** siaa, "kucing akak mati sebab sawan" aku bela dekat setahun, ni baru tinggal tempat kau tiga hari kau dah kata sawan? petshop ini dapat kelulusan daripada mana pun aku tak tahu sebab ambil staff macamni, konfiden level 200%..

"Kalau akak naak tahu kucing akak tanam kat mana, boleh refer bos"

Hari ini, 17 April 2017 jam 2.25 petang, bos petshop tu telefon aku selepas aku minta nombor dia dekat staff tu, dengan angguh dia cakap, "saya owner petshop tu, ada apa yer cari saya?" aku pun cakap la "saya owner kucing yang mati tu."

Aku cakap tak habis lagi dia sambung "Ohhh..kucing yang mati tu... saya dah buang" kalau kau jadi aku sebagai tuan kucing, apa kau rasa bila orang yang tak bertanggungjawab cakap macam ni?.

"Buang?? buang dekat mana?" dia dengan berlagak pun cakap "dalam tong sampah" aku memang dah tak boleh nak cakap, jadi akau bagi suami aku cakap pula, masih si bos petshop itu bangga kan bisnes dia dah sepuluh tahu, kalau bisnes 10 tahun, tapi cara komunikasi dengan pelanggan pun layan macam sampah, kau silap la braderr.

SMS permohonan maaf dari owner petshop diterima 
selepas perbualan telefon ditamatkan

Niat aku mula-mula pergi kedai kau, nak tolong majukan bisnes Melayu, tapi tersilap Melayu pula aku nak tolong, aku redha bulus mati, tapi aku terkilan cara staff dan kau sebagi owner layan pelanggan, kalau betul Bulus kena sawan ngam-ngam pula aku hantar ke petshop kau aku tak kisah, sampai ke hari ini, aku masih tunggu lagi kalau ada cerita lain disebalik sawan ini, tapi tak ada.

Tengoklah video, nilai sendiri, kucing yang hidupnya selama setahun sihat walafiat, tak ada sebarang sakit, tak ada sawam tak ada apa-apa, tapi abru tiga hari lerak situ, terus mati macamni.

/div>

*Baby ok ni, selamat, cuma selsema sikit, kalau akau ada apa-apa salah, tolong betulkan, bukan nak aibkan, tapi fikirlah sikit kebajikan pelanggang, tak ada pelanggan, tak bertahan manapun bisnes 10 tahun kau tu, jangan fikir nak untuk saja.

Jawapan Dari Pihak Petshop Terbabit Berkenaan Tular Ini

Assalamualaikum,

Kami terima kucing puan pada lebih kurang jam 12 tengahari pada 9 April dan kucing puan mati pada jam 7.30 malam pada 10 April , hanya selepas 31jam 30 minit (1 suku hari BUKAN 3 hari spt diviralkan) dibawah jagaan kami. Semua makanan juga disediakan oleh pihak tuan/puan. Kami tidak bagi apa2 makanan pun dari pihak kami.

Kami akui kesilapan staf kami mendaftar masuk boarding kucing Puan walaupun katanya kucing tersebut kelihatan TIDAK AKTIF,malah puan juga tak bawa kad kesihatan kucing.Selalunya kami hanya mengambil kucing yang disertakan dengan kad rawatan sahaja. Kami akui ini kesilapan utama kami.
Dalam kekalutan puan “check-in” kucing tersebut, argue kata staf salah kira dan nak cepat, sehinggakan mungkin staf saya terlepas dengar bahawa puan ada maklumkan bahawa puan akan ke oversea. Sehingga hari ini staf saya tidak pasti sama ada puan ada maklumkan atau tidak.
Jika ada, saya yakin bahawa sudah tentu kami akan whatsapp puan dengan kadar segera, bukan SMS/Call seperti yang kami telah lakukakan.
Dalam perbualan kita ditelefon, tuan katakan kami angkuh, angkuh bagaimana tuan? kami hanya mampu minta maaf dengan kejadian luarjangka ini. Tuan salahkan kami seolah saya membunuh kucing tuan/puan, kami dianggap seperti beri racun pada kucing, tuan salahkan kami tak hubungi tuan/puan melalui whatsapp (sedangkan kami pun tak tau tuan pergi OVERSEA, di Thailand boleh guna whatsapp dll)..

Kami cuba bercakap sepatah tapi tuan bantah…akhirnya kami tawarkan kita jumpa bincang depan2 jam 3.30ptg tadi, tuan bersetuju tapi tuan/puan tidak hadir. Tiba2 malam ni tuan/puan naik isu di facebook.

Petang sebelum kucing tuan/puan mati,pihak kami sendiri berusaha merawat kucing tuan/puan, kami bagi vitamin dan glukos, kami suapkan dia minum..kami bagtahu ini bukan sebab kami angkuh (bila kami cakap kami ambil inisiatif rawat kucing tuan, maka tuan kata kami angkuh..) Kami hanya cuba sampaikan bahawa kami sudah berusaha sebaik mungkin untuk membantu kucing puan.Andaikata kejadian ini berlaku disiang hari Insya-Allah awal2 lagi kami akan bawa kucing tuan/puan ke klinik Vet.

Video yg tuan/puan upkan disini pun staf kami yg rakam, kami yang berikan pd tuan/puan sebagai rujukan namun tuan gunakan sebagai modal viral.

Kami tak nak dituduh menipu kucing x mati cakap mati dll perkara yg tak diingini. Selepas kucing puan mati, kami BERPULUH-PULUH kali cuba hubungi puan, kami juga hantar beberapa SMS..Maaf, tentang puan di OVERSEA mmg staf saya tak ingat langsung.
Kami sampai rasakan bahawa adakah kami “TERKENA”, sebelum ini kami juga pernah terkena puan, kucing sakit hantar sini mati dan owner tak datang2 lagi, hantar kucing berbulan2 tinggal sini kemudian tak ambil dan macam2 lagi kerenah pelanggan…maaf kan kami dengan pengalaman dahulu menjadikan kami sedikit prejudis bila kami call berpuluh2 kali dari malam sehingga keesokkannya masih tak dijawab.

Berdasarkan pengalaman kami,kucing bukanlah haiwan yg boleh mati tiba2 dalam 1 hari puan, kena virus pun ambil masa dalam 1 minggu utk mati..kucing2 jalanan pun kami jagakan yg kemalangan/penderaan pun x mudah mati dalam masa 1 hari… Keesokkan harinya dalam jam 4 petang saya mengambil keputusan untuk menguruskan bangkai kucing tersebut.Kami tak pasti sama ada kucing tuan/puan kena sawan, atau diracun atau apa sahaja penyakit, namun kami percaya kucing tuan/puan telah sakit sebelum dihantar ke sini.

Semasa tuan/puan datang untuk mengambil kucing (seminggu selepas itu), puan telah dimaklumkan oleh staf tentang kematian kucing.Puan sendiri bagitahu staf bahawa 2 hari sebelum Check-in, kucing tersebut ada tercekik sesuatu. Puan ada bawa jumpa Doktor? Apa kata doctor? Pada sebelah petang pula seorang pakcik datang bertanya tentang kucing tersebut, pakcik ambil nama staf saya , mengatakan akan bawa isu ini ketengah dan mengatakan bahawa kucing ini diracun oleh kami.
Keesokannya, puan telah whatsapp kedai dan minta no telefon majikan dan kita berbual ditelefon. Kita berpakat nak jumpa jam 3.30ptg td. Seterusnya ,tuan tamatkan panggilan ketika kita masih bercakap. Lalu majikan hantar SMS minta maaf kepada tuan/puan.

Staf kami yang checkin kucing tuan/puan juga ada menghantar SMS minta maaf.
Kami akur jika pihak tuan/puan menyalahkan pihak kami 100%…Kami juga redha jika puan ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap kami. Semoga kita sama2 tak teraniaya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "