Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Hanya Dengan Menggunakan Bahan Yang Ada Di Dapur, Anda Boleh Buat Semburan Kawalan Serangga Organik Sendiri

28 Apr 2017
No Comment

Kebanyakan dari kita sudah pasti mempunyai tanaman di rumah, sama ada di dalam pasu, atau pun di halaman rumah. Walaupun mungkin tumbuhan yang ditanam tidak banyak, tetapi pasti akan ada sahaja serangan dari serangga, atau makhluk perosak, yang mana sedikit sebanyak akan membuatkan tumbuhan tersebut rosak.

Kalau nak gunakan racun serangga pada tumbuhan tersebut, kita pasti rasa serba salah, mana tidaknya, sebolehnya kita inginkan ia tumbuh secara semula jadi tanpa ada racun kimia. Tapi, bagaiman pula hendak membendung serangga perosak tersebut?

Menerusi perkongsian dari satu laman, iaitu dari saudara Ashraf Shuib, anda boleh sahaja membuat sendiri semburan kawalan serangga organik, dan ia lebih semula jadi.

Mari kita tengok, macam mana untuk membuatnya.


Pokok tak segar akibat serangan serangga perosak? Mari buat kawalan serangga organik sendiri.

Anda hanya perlu spray pada waktu awal pagi atau lewat petang sahaja. Jangan spray pada waktu cuaca tengah panas.

Gunakan semburan halus.

Bahan-bahan

a. 15 biji cili api
b. 4 biji bawang merah
c. 2 labu bawang putih
d. 1 sudu besar cecair pencuci pinggan
e. 500mL air

Cara Membuat

a. Masukkan semua cili api tanpa dibuang biji dan semua bawang termasuk kulit ke dalam pengisar.
b. Masukkan sedikit air dan kisar.
c. Tapis bahan yang dikisar tersebut dan campurkan dengan 500mL air beserta 1 sudu besar cecair pencuci pinggan.
d. Masukkan cecair tersebut di dalam penyembur dan boleh disembur di bawah daun tanaman pada awal pagi atau lewat petang.


Sumber: Ashraf Shuib

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "