Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Dikemaskini] Pembedahan Tangan Adik Thaqif Yang Dijadual Pagi Ini Terpaksa Ditangguh Kerana Jantung Tak Stabil - Keluarga

26 Apr 2017


JOHOR BAHRU, 26 April - Tangan adik Mohd Thaqif Amin, 11, dijadualkan menjalani pembedahan bagi memotong tangan kanannya di Hospital Sultan Ismail di sini pagi ini.

Bernama melaporkan, ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata langkah itu dibuat setelah didapati keadaan tangannya itu yang dijangkiti kuman dari jari hingga bawah paras siku semakin membimbangkan.

"Mohamad Thaqif Amin dijadualkan menjalani pembedahan 8 pagi ini. Doktor ada maklumkan yang penting ialah nyawanya. Jadi kita ikut pada kata doktor walaupun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan tangannya untuk tidak dipotong," katanya.

[Dikemaskini]

Dalam perkembangan terkini, Dzuraidah berkata pembedahan tangan adik Thaqif yang dijadualkan pagi ini telah ditangguhkan, lapor Kosmo!

Dzuraidah berkata, penangguhan itu disebabkan keadaan jantung pelajar tahfiz itu dilapor berada dalam keadaan tidak stabil.

"Mohamad Thaqif Amin sepatutnya dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi ini.

"Bagaimanapun pembedahan kini ditangguhkan sehingga jantungnya kembali stabil," katanya.

Sumber: BernamaKosmo!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. berat sungguh dugaan kamu dik.. akak doakan semoga d permudahkan semuanya..amin

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "