Tidak dapat disangkal lagi khidmat Bomba Malaysia dalam menyelesaikan masalah-masalah harian kita sangat membantu dan terbaik. Dari tolong memadamkan kebakaran, buang ular dalam jamban sampaikan turunkan kucing yang terlekat atas pokok kelapa, boleh dikatakan bomba langsung tidak menolak aduan yang dibuat oleh orang awam.
Bagaimanapun, satu status yang dimuat naik oleh seorang lelaki ternyata membuat abang-abang bomba yang menjaga laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Puchong terasa hati.
Tindakan lelaki berkenaan menyamakan bomba dengan anjing kurap jelas mengguris hati bomba yang kemudiannya memuatnaik satu respon sedih di laman Facebook terbabit.
Status yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan. |
"Kami tau, kami hina. Tapi Nabi SAW tak ajar umatnya menghina...Kami tau kami bukan Raja, tapi kami mintak kerjasama...Kami rela mati dengan lori(jentera) kami bawak untuk keselamatan awam, tapi doakan lah kami supaya mati dlm Iman(demi tugas)...biar kami dipandang kotor, comot, dan serabai...
"Tapi hati kami masih bersih membantu orang sekeliling...dan kami tau gaji kami kecik anak, sekurang-kurangnya kami dapat merasai nikmat bersyukur.Bersyukur Kerana Kami Masih digelar BOMBA(penyelamat xdiundang)." tulis Bomba diakhiri dengan hashtag #anjing_kurap_pun_makhluk_Allah Taala jgk #ManusiaxkanxBuatDosa.
Respon dah Bomba itu seterusnya mendapat pelbagai reaksi positif dari orang ramai yang 'memujuk' bomba dengan kata-kata semangat.
Yuslina Yusof menulis: "Tak perlu layan komen macam ni sbb sebenarnya si penulis yang ada masalah. IQ dan EQ dia rendah. Dia langsung tak ingat semua makhluk dalam dunia walau seekor semut pun ada fungsinya.
"Come on Bomba...Tak payah pandang benda2 ni semua.It's just noise."
Status bomba itu mendapat lebih 2,000 perkongsian dan menerima lebih 2,000 komen.
Sumber: Bomba Puchong