Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Setiap Tabiat Ibu Bapa Sebenarnya Akan Ditiru Oleh Anak, 6 Perkara Penting Yang Wajib Ibu Bapa Elakkan Di Depan Anak-anak

19 Apr 2017
No Comment

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka, ketahuilah bahawa hampir segala tindakan kita tidak kita baik atau buruk sebenarnya menjadi ikutkan mereka kerana bagi mereka akan ditiru oleh mereka.

Ini kerana, ibu bapa adalah 'role model' paling dekat dengan anak-anak yang mula membersar, jangan terkejut admin katakan, bapa yang merokok didepan anak pun buatkan mereka fikir apa yang bapa mereka lakukan dan ingin mencuba.

Jadi, ubahlah tabiat kita, jadilah contoh yang terbaik untuk anak supaya mereka membesar menjadi insan yang berguna.

Dikongsikan oleh sebuah syarikat pemakanan terkenal antarabangsa Wyeth Nutrition, berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka telah berkongsikan beberapa perkara penting yang ibu bapa harus elak lakukan di depan anak, jom kita baca.

1. Berunding apabila mempunyai perbezaan pendapat 

Adakalanya ibu bapa terlepas cakap semasa berbincang di hadapan anak-anak. Apabila situasi sebegitu tercetus, tenangkan diri anda dengan membuat kerja lain dahulu. Kemudian, selesaikan masalah dengan berunding sambil berfikiran rasional. Ini akan mengajar anak-anak untuk sentiasa mengutamakan harmoni antara semua pihak.

2. Berkomunikasi dalam nada suara yang lembut 

Biasakan berkomunikasi dalam nada yang lemah-lembut. Cuba bayangkan kedua-dua senario berikut; “Oi! Cepat bersiap untuk kerja! Dah lewat!” atau “Sayang, marilah kita cuba untuk bersiap secepat mungkin.” Nada yang kedua dapat mengajar anak untuk mengamalkan nilai kasih sayang antara satu sama lain melalui percakapan.

3. Bersifat terbuka dalam memberi dan menerima pendapat 

Apabila sudah berkahwin untuk beberapa tahun, pasangan anda mungkin kurang memberi perhatian kepada penampilannya kerana sibuk dengan kerja lain. Anda boleh menolong pasangan anda dengan memberi pandangan membina.

Ini menunjukkan yang anda mengambil berat, dan seterusnya dapat mendidik anak anda untuk bersifat terbuka dalam berkongsi pendapat.

4. Menggunakan kebijaksanaan dalam pemilihan perkataan

Pemilihan penggunaan kata harus konsisten kerana anak anda mempunyai ingatan yang tajam dan dapat menangkap perkataan walaupun hanya digunakan sekali.

Antara ungkapan positif yang boleh digunakan adalah “Mari kita cuba sekali lagi”, “Tahniah atas usaha anda!”, “Jangan risau”.

5. Sentiasa menghargai kemajuan 

Setiap manusia lahir dengan sifat dan bakat yang unik. Mulalah mengenali keunikkan anak anda dan berikan pengiktirafan serta galakan untuk menonjolkan ciri-ciri tersebut.

Perhatikan perkembangannya dan berikan motivasi tanpa membandingkannya dengan orang lain. Ini akan membina keyakinan diri anak anda secara sihat tanpa dibayangi oleh kemajuan orang lain.

6. Gunakan didikan melalui pengukuhan positif 

Ibu bapa harus memahami bahawa anak-anak belajar dengan tempoh masa berbeza. Bimbingan yang efektif oleh ibu bapa boleh membantu pembelajaran mereka, contohnya, beri pujian apabila anak-anak berjaya mematuhi arahan.

Jika mereka belum mempelajari kepentingan nilai tertentu, jelaskan lagi kepada mereka dan perhatikan perilaku mereka.

PELUANG EMAS UNTUK IBU BAPA JADI ROLE MODEL UNTUK ANAK ANDA


Berita gempar untuk ibu bapa! Baru-baru ini, Wyeth ® Nutrition telah melancarkan buku dari *Koleksi MISI ARIF untuk membantu anda memupuk perilaku baik dan menjadi hero untuk Si Manja!

Reka bentuk buku interaktif *MISI ARIF bukan sahaja menarik tetapi isi kandungannya sarat dengan nilai-nilai murni yang dapat memanfaatkan anak-anak anda.

Ingin dapatkan koleksi ini secara online? Boleh! Dapatkan *Koleksi MISI ARIF ini di 11street dan Lazada. Ada diskaun lagi tau!

Tunggu apa lagi? Cepat dapatkan kesemua *Koleksi MISI ARIF dan ketahui lebih lanjut di laman web Wyeth ® Nutrition dan Facebook S-26® Progress®Malaysia

Nota : Kumpul kesemua koleksi *MISI Arif dengan setiap pembelian S-26® Progress® & S-26® Promise® hari ini!

Jika anda rasa apa yang dikongsikan ini bermanfaat, jangan lupa untuk tekan butang ‘Share’ dan sebarkan tips-tips ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "