Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Ditahan Kerana Godam 4,600 Laman Web, Sebabkan Kerugian RM2.03 Juta Kepada Syarikat Jual Tiket

2 Apr 2017


Jakarta - Seorang lelaki yang baru berusia 19 tahun ditahan polis kerana menggodam lebih 4,600 laman web dan juga sistem komputer termasuk milik kerajaan sejak setahun lalu.

Dikenali dengan nama Haikal, lelaki yang tidak bersekolah itu juga didakwa mencuri tiket penerbangan dalam satu laman web dan menjualnya di laman tiket.com pada harga lebih murah.

Tribunnews melaporkan, tindakan lelaki itu telah menyebabkan syarikat laman web tersebut mengalami kerugian mencecah Rp6.1 billion (RM2.03 juta).

Haikal ditahan di sebuah rumah di Tangerang Selatan, Banten kelmarin manakala tiga lagi rakannya ditahan di Balikpapan, Kalimantan Timur dua hari lalu.

Menurut jurucakap polis, Rikwanto, aktiviti kumpulan itu dikesan selepas laman web tiket.com melaporkan ada aktiviti penggodaman berlaku di sistem mereka pada 11 November lepas.

Hasil siasatan kami mengesan satu kumpulan menjual tiket penerbangan yang dicuri itu di Facebook dengan potongan harga 30 hingga 40 peratus.

Kumpulan ini yang diketuai Haikal meraih keuntungan hampir Rp1 bilion (RM332,089).

Katanya, selain laman sesawang berkenaan, remaja itu dipercayai menggodam lebih 4,600 laman sesawang termasuk milik agensi kerajaan serta polis.

Suspek menggodam laman web berkenaan semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakannya,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "