Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Hampir Tahan 'Kucing Bersenjatakan Senapang'

28 Apr 2017

Seekor kucing yang sedang beristirehat di atas pokok hampir menjadi 'tahanan polis' apabila pejalan kaki di kawasan tersebut melaporkan kepada polis bahawa haiwan itu dilihat berada di atas pokok berkenaan sambil 'bersenjatakan senapang'.

Polis di Newport, Oregon, berkata mereka tiba di kawasan kejadian apabila menerima beberapa laporan terdapat seekor kucing hitam putih yang bersembunyi bersama sepatah senapang yang kelihatan seperti raifal.

Polis Newport kemudian menjelaskan (secara berseloroh) di dalam satu posting Facebook bahawa kucing itu telah disoal siasat oleh kucing polis dan hasil siasatan mendapati sebenarnya ia hanya memegang 'ranting yang tidak merbahaya'.

Bagaimanapun, kucing itu tidak dilepaskan dengan begitu sahaja. Polis telah memberi beberapa amaran kepada kucing terbabit.

"Kucing itu telah diberi amaran lisan kerana bergambar dengan apa yang boleh disalah anggap sebagai senapang," polis Newport bergurau.

Bagaimanapun, hasil siasatan kami mendapati gambar itu sudah lama viral di internet dan pernah keluar di 9GAG.

Mungkin terlalu stress dengan kerja, polis Newport mengambil keputusan untuk berjenaka dengan pengikut Facebooknya.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "