Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Muka Berparut, Gigi Berlumut, Wajah David Beckham Didalam Filem Terbaru Lakonannya Mengejutkan Ramai

28 Apr 2017

Sekali pandang, mungkin anda tidak akan mengenali siapa lelaki berwajah buruk dalam gambar di atas, dua kali pandang pun mungkin tidak lagi mengenalinya, tetapi kepada peminat tegar pemain bola sepak hensem dan popular ini mungkin sudah dapat mengecamnya. Ya, dia lah David Beckham, pemain bola sepak English yang terkenal itu.

Selepas bekerjasama dengan Guy Ritchie, Pengarah filem Sherlock Holmes dalam menjayakan sebuah iklan pakaian dalam. David yang terkenal sebagai pemain bola sepak, juga seorang model ini kemudiannya di lamar untuk membintangi sebuah filem berjudul “King Arthur: Legend Of The Sword” yang akan mula ditayangkan pada 10 Mei ini.


Di laman Instagram miliknya, beliau memuat naik satu gambar dengan muka berparut, gigi kuning berlumut, hidung besar kemerahan beserta kapsyen "Rough day at the office”, dan gambar itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi pengikut dan peminatnya, yang mana rata-rata terkejut melihat wajah tampan David bertukar buruk.



Memegang watak sebagai Blackleg Leader, tapi apa sebenarnya peranan watak Blackheg Leader ini? Ia sebenarnya masih belum jelas dianyatakan kepada umum, sama ada beliau akan berlawan dengan King Arthur atau sebaliknya. Tapi, yang pasti watak David didalam filem ini agak menakutkan.

King Arthur: Legend Of The Sword filem pengembaraan epik yang diarah, juga diterbitkan oleh Guy Ritchie, dan ditulis oleh Joby Horald, mengisarkan tentang pengembaraan King Arthur untuk menentang pemerintahan kejam Vortigern yang telah membunuh kedua orang tuanya, dan juga merampas mahkota untuk menjadikan dirinya raja. Filem ini dijadual akan mula ditayangkan pada 10 Mei pada tahun ini.


Dari Seorang Lagenda Bola Sepak Kepada Bintang Filem

David Beckham atau nama penuhnya David Robert Joseph Beckham dilahirkan pada 2 Mei 1975. David Beckham adalah satu nama yang sangat dikenali sebagai (bekas) pemain bola sepak, dimana beliau pernah bermain untuk Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, LA Galaxy, Paris Saint-Germain, dan pasukan kebangsaan England.

David Beckham Ketika Bermain Untuk Pasukan Kelab Manchester United
David adalah pemain Inggeris pertama yang memenangi kejuaraan liga di empat Negara iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis.

Antara pencapaian beliau ketika bersama United ialah, beliau memenangi Liga Perdana sebanyak 6 kali, Piala FA sebanyak 2 kali, dan Liga Juara-juara UEFA pada tahun 1999. Beliau juga adalah kapten untuk pasukan kebangsaan England selama 6 tahun.

David Beckham Sebagai Kapten Kepada Pasukan Kebangsaan England Selama 6 Tahun


Bapa kepada 4 orang anak ini, ini memulakan kerjayanya sebagai pemain bola sepak ketika berusia 17 tahun dan terus bermain secara professional sehingga beliau mengumunkan persaraannya dari dunia bola sepak pada Mei 2013. David adalah antara atlet yang mendapat bayaran persaraan yang lumayan selepas Michael Jordan.

David Beckham Bersama Isterinya Victoria Beckham Serta 4 Orang Anaknya

David Beckham Sebagai Model untuk Jenama Pakaian Sukan Adidas


Kerana mempunyai rupa paras dan gaya yang menarik, David ditawarkan untuk menjadi model kepada beberapa jenama dunia seperti H&M dan Adidas. Beliau juga pernah muncul didalam permainan video.

David Juga Adalah Model Untuk Pakaian Jenama H&M


Pada tahun ini, David Bechkam mencuba sesuatu yang baru untuk kariernya, dimana beliau akan muncul didalam sebuah filem arahan Guy Ritchie yang berjudul, King Arthur : Legend of The Sword. Memegang watak sebagai Blackleg Leader, ini merupakan filem pertama yang dilakonkan oleh beliau.


Guy Ritchie, Pengarah dan juga penerbit untuk filem King Arthur, juga pengarah kepada Filem Sherlock Holmes


Sinopsis King Arthur Legend of the Sword

Filem aksi barat penuh pengembraan epik berjudul “King Arthur : Legend of the Sword” ini mengisarkan tentang kisah klasik dari Lagenda Arthur, yang mana diyakini telah menjadi raja pada abad ke-6 dan membantu Inggeris menentang penjajahan Saxon.

Ketika muda, Arthur (Charlie Hunnam), tidak mengatahui bahawa beliau mempunyai darah keturunan raja. Filem ini diadaptasi dari novel berjudul Le Morte d’Arthur, dikaryakan oleh Thomas Mallory dan diterbitkan pada tahun 1458.

King Artur Ketika Kanak-Kanak, Dimana Ketika Ini Ibu Bapa Arthur Dibunuh Oleh Vortigern

Bergabung dengan pemberontak wanita bernama Guinevere, Arthur banyak belajar dalam memahami sihir, berurusan dengan syaitan, dan juga mengumpulkan mereka yang mempunyai misi yang sama denganya iaitu menjatuhkan pemerintahan Vortigern yang sangat kejam. Vortigern adalah orang yang bertanggungjawab membunuh ibu bapa Arthur, seterusnya merampas mahkotanya untuk menjadikan beliau raja.

Jude Law Memegang Watak Sebagai Vortigern
Misi Utama Arthur Adalah Untuk Menghancurkan Kerajaan Zalim Pemerintahan Vortigern


King Arthur : Legend of the Sword diarahkan oleh Guy Ritchie dan ditulis oleh Joby Horald, Guy Ritchie, dan Lionel Wigram.

Selain Charlie Hunnan, turut membintangi filem ini ialah, Jude Law, Annabella Wallis, Djimon Hounsou, Aidan Gillen dan pemain bola sepak terkenal David Bechkam.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "