Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelanggan Terkejut Terpegang Ular Sawa 12 Kaki Ketika Nak Ambil Yogurt di Rak Penyejuk

11 Apr 2017
Yogurt gambar hiasan.

Seorang pengunjung di sebuah kedai di Komatipoort, Selatan Afrika terkejut apabila mendapati terdapat seekor ular sawa di rak di kedai tersebut.

Menurut Dailymail, wanita terbabit cuba mengambil air yogurt di kedai tersebut namun sebaliknya terkejut apabila terpegang ular sawa 12 kaki itu.

Wanita itu kemudian menjerit 'ular' seterusnya menyebabkan pengurus, Marties Esnouf berlari ke arahnya.

Pekerja di kedai berkenaan percaya bahawa ular Afrika Rock Python telah menyelinap masuk ke kedai berkenaan menerusi bumbung atau longkang sebelum berakhir di kawasan peti sejuk itu.

Bagaimanapun, pengunjung itu bernasib baik kerana ular itu hampir memasuki keadaan hibernasi di dalam bahagian sejuk di peti berkenaan.

Haiwan itu berjaya dikeluarkan oleh seorang penjinak ular dan akan dilepaskan di Taman Negara Kruger.

Martie Esnouf memberitahu Mail Online: 'Saya tidak tahu bagaimana haiwan itu boleh berada di sana tetapi mungkin melalui bumbung atau longkang.

'Memang ada banyak semak samun di belakang kedai ini dan banyak ular di sana. Kami beritahu orang ramai jangan panik dan menyakinkan mereka semuanya selamat.

"Kami tak mahu menyakiti haiwan itu dan ia akan dilepaskan secara selamat ke hutan.



Sumber: Metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "