Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Memandu Ketika Dalam Hujan, Faktor Keselamatan Ini Harus Diberi Keutamaan Dalam Memastikan Pemanduan Anda Selamat

7 Apr 2017
No Comment

Pemanduan yang teliti, dan dalam keadaan yang berwasapada, juga berhati-hati perlu di ambil serius, lebih-lebih lagi jika dalam keadaan hujan, yang mana menghadkan pandangan, juga menyebabkan jalan basah. Jadi, ada perkara yang harus dielakkan dalam melakukannya ketika hujan.

BACA: JANGAN Lakukan 5 Perkara ini Ketika Memandu Dalam Hujan

Bukan itu sahaja, faktor keselamatan sewaktu pemanduan dalam hujan juga tidak harus diabaikan, walaupun kita sedang mengejar masa.

Menerusi perkongsian dari Twitter @LKSAtrafik, berdasarkan infografik yang dikongsikan, terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk kekal selamat, atau memandu dengan selamat ketika hujan.

Mari kita baca apa yang perlu kita lakukan.


Memandu Dengan Selamat Dalam Hujan

1.Tukar tayar

Sekiranya anda lihat tayar sudah mula botak, atau menampakkan benang, seeloknya tukar tayar dengan segera, kerana cengkaman tayar sudah tidak kuat lagi.

2.Tenang

Sebaiknya anda harus bersedia untuk berhadapan dengan apa juga keadaan, lebih-lebih lagi dalam hujan. Tenangkan diri, atau nikmati irama lagu dari radio dalam menempuh kesesakan lalu lintas.

3. Jarak

Berwaspada dengan jarak kenderaan anda. Patuhi had laju yang ditetapkan, kerana jalan boleh menjadi licin akibat daripada hujan. Pandu dengan perlahan, dan perhatikan jarak.


4. Lampu

Jangan sama sekali lupa akan hal ini. Disebabkan jarak penglihatan yang terhad, anda seharusnya menghidupkan lampu kereta ketika memandu dalam hujan, ini untuk memastikan pengguna jalan raya tahu akan kehadiran kereta anda.


5.’Wipers’ cermin hadapan

Adakah ‘wipers’ anda berfungsi dengan elok? Rancang dengan baik sebelum tiba musim hujan, sebaiknya anda sudah menggantikannya dengan ‘wipers’ yang baharu.


6. Berjaga-jaga

Berwaspada dengan air yang mengalir, atau lopak air sekiranya anda tidak nampak dasarnya. Ini kerana, kita tidak tahu apakah yang ada pada dasar air tersebut.

7. Sentiasa berhati-hati sejak awal

Keadaan cuaca sukar untuk diramalkan, ia boleh hujan pada bila-bila masa, tanpa diduga. Jadi, anda harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Memandulah dengan berhemah, utamakan keselamatan anda, juga penumpang yang ada. Dalam keadaan hujan, bermacam insiden boleh berlaku, jadi sentiasa ‘alert’ dengan persekitaran anda.

Sumber: Twitter @LKSAtrafik

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "