Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

LHDN Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose

21 Apr 2017


KUALA LUMPUR, 21 Apr: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap artis Nelydia Senrose selepas beliau tidak menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

LHDN memaklumkan, Nelydia gagal mengemukakan borang berkenaan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

"Artis ini juga turut menghadapi satu lagi tuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

"Kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) akta yang sama, di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara untuk satu tempoh tidak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya sebagaimana lapor BH Online hari ini.

Menurut BH Online juga, LHDN sudah menyerahkan saman berkenaan kepada artis itu pada 11 April lalu yang mengarahkannya menghadiri sesi sebutan kes yang bertarikh 12 April lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, dia atau wakilnya gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes berlangsung.

Susulan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh sebelum dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www.arenadomino.com
    Live Casino Bandar QQ Poker
    Langsung Aja Di Join:)

    BalasPadam

  2. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "