Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Masukkan Belut Dalam Perut Untuk Rawat Sembelit, Doktor Terkejut Temui Haiwan 50cm Itu Berenang Dalam Perutnya

20 Apr 2017


Dengan harapan untuk menyembuhkan penyakit sembelitnya, seorang lelaki di Guangzhou memasukkan seekor belut hidup menerusi duburnya.

Bagaimanapun, malang menimpa lelaki tersebut apabila keadaannya bertambah teruk dan dia mula mengalami sakit perut.

Lelaki berusia 49 tahun yang dikenali sebagai Liu itu dimasukkan ke hospital Baiyun minggu lepas selepas dia mengalami sakit perut yang amat.

Doktor berkata perut Liu mengalami bengkak luar biasa dan dengan segera melakukan operasi pembedahan, lapor Guangzhou Daily.

Ketika pembedahan, doktor terkejut apabila mendapati terdapat seekor belut 50cm berenang di dalam badannya. Belut itu telah menembusi perutnya dan menyebabkan kerosakan teruk di bahagian usus sehingga hampir membunuh Liu.

Namun, Liu patut berterima kasih kepada doktor kerana tindakan membuang belut itu dengan pantas sekaligus berjaya menyelamatkan nyawanya.


Liu kemudiannya membuat pengakuan kepada doktor doktor bahawa dia ada dengar bahawa belut hidup mampu menyembuhkan sembelit, jadi dia ingin mencuba.

Mungkin lain kali Liu patut mendapatkan nasihat doktor sebelum cuba merawat dirinya dengan cara 'alternatif' yang luar biasa.

Sumber: shanghaiist.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Memang setan la ko nowelala. Yg ko suka sgt bukak pekong org Apsal? Cuba org buka pekong ko apa ko rasa?..setaann..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "