Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Berjaya Kumpul 15,000 Anak Patung Hasil Main 'Claw Machine' Sehinggakan Pemilik Arked Merayu Supaya Berhenti

2 Apr 2017

Tahun lepas, seorang lelaki dari Xiamen menjadi hero apabila berjaya mengumpul 3,000 anak patung dalam masa enam bulan hasil bermain mesin claw machine. 

Menurut Chen Zhitong, dia pernah diajak oleh pemilik arked keluar makan malam dan dipujuk supaya tidak lagi bermain.

Bagaimanapun, Chen terus berjuang dan tidak mahu berhenti.

Hari ini, Chen berkata dia berjaya mengumpul 15,000 anak patung dari mesin terbabit untuk tahun lepas sahaja. Kisah kejayaan Chen telah dirakam oleh Great Big Story.

Dah tentu terdapat skill tersendiri yang digunakan oleh Chen untuk bermain mesin itu.

"Terdapat beberapa parameter untuk menang. Pertama adalah kapasiti pencengkam (claw). Ia perlu ketat.

"Kedua adalah sudut pusingan pencengkam. Ketiga adalah susunan patung-patung berkenaan.

"Ketiga-tiga parameter ini akan menjadi kunci sama ada anda berjaya mengeluarkan patung itu atau tidak," kata Chen.

Kata Chen juga, dia turut mendermakan 1,000 patung kepada sekolah kanak-kanak kurang upaya tahun lepas.

Nak tahu lebih lanjut tentang kejayaan Chen? Tonton video dibawah:


Sumber: http://shanghaiist.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "