Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ambil Gambar Aiskrim Dekat Pantai Untuk Upload ke Instagram, Sekali...." - Wanita Kongsi Detik Sedih Aiskrim Dimakan Burung

2 Apr 2017

Tak tahu sebab apa, tapi ramai yang suka ambil gambar makanan, lepas tu muat naik di media sosial.

Tapi pengguna Twitter @youngweonhi, telah belajar mengambil gambar makanan di tempat terbuka boleh mendatangkan kekecewaan.

Sebelum menikmati ais krim yang dibelinya, @youngweonhi berhasrat mengambil gambar sempurna makanan terbabit untuk dikongsi di laman Instagram.

Namun, tempat yang dipilih oleh @youngweonhi untuk bergambar tidak kena - berdekatan pantai yang mempunyai banyak burung.

Tak sampai beberapa saat, seekor burung Seagull dengan cepat datang menyambar aiskrim terbabit.

@youngweonhi menulis di Instagram: "Kalau kamu nak gelakkan orang, boleh ambik detik saya hari ni.... "

Menurut @youngweonhi lagi, aiskrimnya itu jatuh ke dalam air.

Bagaimanapun, pelajar UCLA berusia 20 tahun itu berjaya mengambil foto sempurna aiskrim terbabit sebelum ia disambar.



Sumber: Twitter
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "