Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Juru Bedah Diangkat Sebagai Hero Apabila Foto Dia Tertidur Atas Lantai Selepas Jalankan Pembedahan Selama 28 Jam Tersebar

6 Apr 2017


Seorang juru bedah di China digelar sebagai hero selepas foto yang memaparkan beliau tertidur di atas lantai tersenar di internet.

Apa yang menjadikan foto itu begitu menyentuh hati adalah, juru bedah itu tertidur selepas selesai menjalankan pembedahan secara serentak yang mengambil masa 28 jam.

Menurut People's Daily, juru bedah bernama Luo Heng itu tertidur di atas lantai sejurus selesai pembedahan panjang itu.

Foto terbabit diambil pada 30 Mac di sebuah hospital di Dingyuan County, Wilayah Anhui, China.

Dia menyelesaikan dua pembedahan disebelah malam dan menjalankan tiga lagi pembedahan pada pagi berikutnya.



Laporan berkata, dia mengambil masa 28 jam untuk menyelesaikan kelima-lima pembedahan itu.

Netizen di media sosial China memuji sifat rajin juru bedah itu.

Seorang pengguna menulis: 'Saya tabik awak, awak bekerja keras.'

Seorang lagi berkata: 'Saya harap media tidak mempromosikan benda ini. Doktor bukan sahaja satu karier tetapi doktor juga seorang manusia.

'Manusia paling menarik,' tulis seorang lagi.

Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "