Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Jika Keluarga Sudi, Saya Mahu Biayai Kos Guaman Kes Adik Thaqif' - Safiey Illias Mohon Bantuan Orang Ramai Untuk 'Inbox' Cara Hubungi Keluarga Adik Thaqif

27 Apr 2017

Semalam, berita pemergian pelajar tahfiz, adik Mohamad Thaqif, mengejutkan seluruh Malaysia. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri menyatakan kesedihan beliau dan mengarahkan agar kes ini diselesaikan dengan segera dan diambil tindakan undang-undang jika ada kesalahan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan kes itu
telah diklasifikasikan semula dibawah Seksyen 302 kerana membunuh.

Dalam perkembangan terbaru, usahawan muda, Safiey Illias, menyatakan hajatnya untuk membiayai kos guaman bagi kes adik Mohamad Thaqif sekiranya pihak keluarga sudi.

Perkara itu dinyatakan oleh Safiey di Facebooknya semalam.

Menerusi status tersebut, Safiey meminta bantuan orang ramai yang tahu cara untuk menghubungi pihak keluarga adik Thaqif supaya meninggalkan pesanan di inbox Facebooknya.

"Saya nak biayai kes guaman saman adik Thaqif ni.. siapa tahu mcm mana nk hubungi mak ayah arwah? Tolong inbox saya. Saya akan bagi peguam terhebat untuk handle kes," tulis Safiey.

Menurut Safiey lagi, dia sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian Adik Thaqif dan dalam masa yang sama menyampaikan takziah kepada keluarga adik Thaqif.

"Saya pun terkejut atas berita kematian Adik Thaqif.. TAKZIAH (kepada keluarga)

"Saya dengar haritu mak ayah dia nak take legal action kepada pihak terlibat.. kalau tak nak pun, saya nk jumpa mak ayah dia.. jika sudi."

Hajat Safiey itu disokong oleh orang ramai yang bersetuju sekiranya Safiey membiayai kos guaman kes terbabit bagi meringankan beban keluarga Mohamad Thaqif.


Bapa adik Mohamad Thaqif, Mohd. Ghaddafi Mat Karim, 43, berkata Thaqif meninggal dunia pada jam 2.05 petang semalam.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "