Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Lawak Tak Bertempat: Primeworks Studios Buat Permohonan Maaf Terbuka Kepada Watson Nyambek

23 Apr 2017

Kuala Lumpur: Primeworks Studios Sdn Bhd memohon maf kepada Watson Nyambek kerana mempersendakan mendiang ayahnya.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata pihaknya sudah memberi peringatakan kepada semua kakitangan Primeworks Studios supaya sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan.

"Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah serta kerja operasi bagi mengelak kejadian ini berulang.

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada pihak kami untuk lebih peka keadaan sekeliling," katanya.

Tambah beliau juga, pihaknya sangat menghormati bekas pelumba pecut negara itu.

"Watson adalah seorang pelari pecut negara serta atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara.

"Pihak kami dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya.

Sebelum ini, Watson Nyambek menyatakan rasa kecewanya terhadap satu rancangan komedi di sebuah stesen tv di negara ini yang mempersendakan ayahnya.

Sumber: Primeworks Studios
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "