Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Untuk Padam Hasil Carian ‘Browsing History’ Di Telefon Pintar iPhone & Peranti Android, Cara Ini Boleh Digunakan

27 Apr 2017
No Comment

Selalunya kita menggunakan komputer atau ‘laptop’ untuk membuat carian menerusi laman sesawang, dan dari situ, ia sebenarnya akan menambahkan sejarah carian di ‘search engine’ yang kita gunakan.

Jika tidak dibersihkan, ia sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi komputer atau ‘laptop’ anda. Dan begitu juga sekiranya anda menggunakan telefon pintar untuk melayari mana-mana laman sesawang, khususnya jika bekerja, dan perlu menggunakan telefon setiap masa.

Untuk itu, anda boleh sahaja memadamkan sejarah carian, sama ada anda pengguna iPhone, atau peranti Android, dan menerusi perkongsian di bawah, telah ditunjukkan secara terperinci bagaimana anda boleh bersihkan sejarah ‘browsing’.

Mari kita lihat caranya.


Semasa anda melayari internet, laman sesawang akan meninggalkan fail internet sementara dan juga cookies di dalam telefon pintar anda.

Kadang kala anda hendak memadam fail-fail sementara ini bagi membersihkan sejarah browsing anda.

Begini caranya.

iPhone

Jika anda menggunakan iPhone atau iPad, besar kemungkinan anda akan menggunakan pelayar default Apple, Safari.

Tidak seperti browser yang lain, anda tidak boleh memadam data secara langsung dari dalam browser.

Jadi anda perlu ke bahagian settings peranti.

a. Safari

i. Buka Settings.
ii. Pergi ke Safari.
iii. Pergi ke Clear History dan Website Data, pilih option itu.
iv. Satu mesej pop-up akan keluar, memberitahu anda yang ini akan membuang data dari peranti anda dan peranti lain yang disambung ke akaun iCloud berkenaan. Tekan Clear History and Data untuk mengesahkannya.

b. Chrome

i. Tekan ikon () di bahagian sudut atas skrin.
ii. Pergi ke Settings.
iii. Pergi ke Privacy, tekan butang Clear Browsing Data.
iv. Pilih apa yang anda mahu padam dari senarai, dan pilih Clear Browsing Data.
v. Tekan Clear Browsing Data sekali lagi untuk mengesahkan pilihan anda.

c. Firefox

i. Tekan ikon hamburger () di bahagian bawah, dan tekan butang Settings.
ii. Pergi ke Clear Private Data.
iii. Pilih apa yang anda ingin padam dan tekan Clear Private Data sekali lagi.
iv. Satu peringatan akan keluar menandakan data ini akan dipadam dan proses ini tidak boleh diulang kembali. Tekan OK untuk mengesahkan pilihan anda.

d. Opera

i. Tekan butang merah ‘O’ di bahagian bawah browser.
ii. Tekan settings dan satu menu pop-up akan keluar.
iii. Pergi ke Clear. Selepas itu anda boleh memilih untuk memadam benda tertentu seperti saved password atau cookies, atau anda boleh memilih untuk memadamkan semuanya.
iv. Anda akan ditanya samada anda mahu meneruskan proses seterusnya. Pilih Yes.

Android

Sesetengah pengeluar akan membuat pelayar mereka sendiri. Selalunya browser Android yang digunakan ialah Chrome.

a. Chrome

i. Tekan ikon () di bahagian sudut atas.
ii. Pergi ke Settings.
iii. Pergi ke Privacy dan tekan butang Clear Browsing Data.
iv. Pilih apa yang anda mahu padam. Anda juga boleh memilih untuk memadam data dari tempoh masa tertentu jika mahu.
v. Pilih butang biru yang menandakan Clear Data.

b. Firefox

i. Tekan ikon () di bahagian sudut atas kanan.
ii. Pergi ke Settings.
iii. Tekan Privacy dan pilih Clear Private Data.
iv. Pilih perkara yang anda mahu padam dan pilih Set.
v. Satu peringatan akan keluar menandakan proses pemadaman tidak dapat berulang. Tekan OK untuk memadam data.
vi. Pergi semula ke home screen di dalam Firefox, tekan ikon () di bahagian sudut atas kanan.

c. Opera

i. Tekan ikon hamburger () di bahagian bawah dan tekan Settings.
ii. Pergi ke bahagian Privacy dan tekan butang Clear Browsing Data.
iii. Pilih apa yang anda mahu padam kemudian tekan OK.

Sumber: wiser.my

- Siakap Keli

BACA: Cara Nak Tarik Balik Emel Yang Tersalah Hantar Kalau Guna Gmail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "