Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Asyik Bagi Bunga Je, Cuba Bagi ‘Chocolate Bouquet’ Pula, Buat Sendiri Lagi, Baru Istimewa Sikit

4 Apr 2017
No Comment

Tak lama lagi dah nak masuk musim konvokesyen, tidak pun setiap minggu, atau tiap bulan masti ada sahaja hari jadi, kenalan rapat, atau kekasih hati.

Kalau tidak pun, untuk keluarga sendiri, yang semestinya ada sambutan, dan mesti nak bagi hadiah, tanda penghargaan.

Selalunya, asyik bagi bunga jer, lama-lama simpan dalam bilik, apa kata buat kelainan sikit, dari bagi bunga, atau hadiah yang lama-lama akan layu, atau tersorok dalam bialik, baik bagi makanan, kenyang sikit.

Jom admin kongsi sikit, dari saudari Siti Nurfariha ini, macam mana nak buat ‘sejambak’ coklat untuk buat hadiah.

Moh kita tengok langkah-langkahnya.

Chocolate Bouguet

Cara-cara buat chocolate bouquet hanya menggunakan sugar paper. Jimat dan simple


Barang-barang yang diperlukan

a. Coklat
b. Lidi
c. Span kering (satu span panjang potong kepada dua bahagian)
d. Ribbon
e. Gunting
f. Cellotape
g. Tali
h. Sugar paper (hitam)


1. Gam dan cucuk pada span

a. Gam kan coklat pada lidi( boleh guna cellotape/hot glue (untuk lebih kukuh)
b. Gam satu persatu sampai habis
c. Hasil coklat yang dah digam
d. Cucuk coklat yang sedia digam pada span..(gubah ikut kreativi/boleh rujuk macam contoh mak iti buat)


2. Gunting sugar paper kepada dua bahagian

*sediakan dua keping sugar paper.
a. Guna sebagai alas
b. Guna untukk balut keliling


3. Mula melipat kertas bungkusan

a. Lipat separuh seperti dalam gambar
b. Terbalikkan kertas yang dilipat seperti dalam gambar
c. Lekatkan bahagian yang dilipat dengan satu bahagian kertas lagi menggunakan cellotape


4. Balut coklat

Alaskan coklat dengan sugar paper tersebut & balut coklat seperti dalam gambar. Lilitkan cellotape pada bahagian tersebut. Pastikan lilit pada tempat yang ada span.


5. Guna kertas kedua

Ambil satu keping kertas lagi dan potong kepada dua bahagian juga. Ambil satu bahagian dan letak kertas tu pada bahagian atas coklat seperti dalam gambar.


6. Ikat guna tali seperti macam ni


Akhir sekali letakkan ribbon yang telah siap dibuat. For beginner, boleh ikat guna reben biasa pon ok. Lepas itu, sudah siap. 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "