Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendedahkan bahawa ada yang berpendapatan RM12,000 sebulan turut membuat permohanan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).
Johari mendedahkan perkara tersebut ketika menjelaskan tentang isu banyak permohanan BR1M ditolak baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, kira-kira 600,000 permohanan baru BR1M bagi tahun ini ditolak kerana gaji mereka melebihi RM4,000.
“Kita terpaksa tolak 600,000 permohonan sebab gaji mereka melebihi RM4,000. Orang gaji RM12,000 pun ada yang memohon.
“Gaji lebih RM5,000 ada 260,000 orang yang memohon. Gaji dari RM6,000 ke RM8,000 ada dalam 40,000 ke 50,000 orang yang memohon. Dan berbelas-belas ribu orang daripada gaji RM8,000 hingga 12,000 yang memohon.
“Jadi sebab itu kita perlukan pengesahan kerana kita tak mahu kerajaan salurkan RM700 juta (wang BR1M) pada orang yang tak sepatutnya,” katanya sebagaimana lapor PRU14TV.