Namun begitu, menurut perkongsian dari saudara Amir Syahir, terdapat cara, atau langkah perkiraan yang kita boleh lakukan, dalam mengetahui kelayakan untuk membeli rumah.
Mari kita lihat perkongsiannya.
Follower: Gaji saya RM2300, layak ke saya beli rumah?
Banyak juga saya dapat mesej daripada follower tanya "gaji saya sekian sekian, layak ke saya beli rumah?, berapa harga rumah yang boleh saya beli?".
Biasanya saya tak suka nak suap je ke korang. Saya nak korang faham jugak. Saya suruh korang belajar kira. Jadi, korang akan sentiasa faham walaupun situasi berbeza.
Jika saya berikan kalian ikan, kalian akan kenyang sekejap, tetapi, jika saya berikan kalian joran, kalian akan kenyang selamanya.
Ini asyik duk tanya, "Gaji saya RM2000. Berapa rumah saya layak beli?" Kalau gaji kau naik RM2300 nanti, datang tanya lagi.
Tapi, itulah manusia. Cari ilmu serupa cari nasi. Bila lapar baru nak cari makan. Bila tak lepas pembiayaan perumahan baru nak tanya. Bila dah muflis baru nak cari jalan penyelesaian dan bila dalam kesempitan baru nak cari ilmu. Haa, kan dah kena bebel. Kakakaka.
Sebelum kau mohon pembiayaan perumahan, baik kau kira dulu kelayakan pembiayaan perumahan kau ye. Ingat, fikir dulu sebelum buat hutang jahat. Ia akan bagi kesan juga untuk kau buat pembiayaan perumahan nanti.
Jom belajar kira kelayakan pembiayaan perumahan korang juga.
Lima Langkah Mudah Kiraan Kasar Kelayakan Beli Rumah;
Contohnya jika kasar korang : RM2300
1. Kira Gaji Bersih
Gaji Bersih = Pendapatan kasar – Potongan Tetap (KWSP, SOSCO, Cukai Pendapatan)
RM2300 – RM200= RM2100
2. Kira Ansuran Maksimum Bulanan: DSR (%) X Gaji Bersih
DSR maksimum antara bank
Jika korang bergaji bawah RM3000, DSR maksimum yang dibenarkan adalah 60%. Sebagai contoh, Bank CIMB. Pendapatan bersih RM2100, DSR maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 60%.
60% X RM2100 = RM1260
3. Tolak Komitmen Bulanan Dengan Pihak Bank (CCRIS)
Katakan ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM350.
Jumlah komitmen dengan pihak bank = RM350
RM1260 – RM350 = RM910
4. Tolak NDI (Net Disposable Income)
NDi antara bank
Untuk kos sara hidup. Ada bank guna. Ada tak. Sebagai contoh, RM500 untuk kos sara hidup. NDI bergantung pada tempat tinggal, taraf perkahwinan. Katakan ambil contoh NDI : RM500
RM910 - RM500 = RM410
5. Guna Rule of 200
Ansuran bulanan X 200 = harga rumah
RM410 X 200 = RM82K
Dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM410 sebulan, harga rumah maksimum tidak boleh melebihi RM82K.
Jadi, maksimum pembiayaan perumahan yang boleh diluluskan bank adalah sebanyak RM82,000 saja.
Kiraan Penuh Kelayakan Pembiayaan Perumahan
Analisa mungkin tidak tepat 100%. Untuk rujukan asas sahaja
Ini adalah kiraan kasar sahaja. Korang boleh walk in ke bank berdekatan untuk tahu berapa sebenarnya kelayakan rumah korang boleh beli dengan gaji korang tu. Bawa penyata gaji sekali.
Jika kau bergaji rendah tetapi mempunyai banyak komitmen, kau perlu ada simpanan. Simpan di TH ataupun ASB yang boleh dijadikan sebagai dokumen pendapatan sokongan.
Kalau malas sangat isi je la dalam link ni: Loanstreet
Jangan pelik jika kawan kau yang bergaji rendah boleh lulus pembiayaan perumahan. Kau yang bergaji RM4000, bank pun tolak permohonan pembiayaan perumahan kau.
Ye lah. Kau kan nak rumah yang ada kolam renang. Nak rumah baru dan wangi je. Komitmen hutang dengan bank pun tinggi. Segala bagai tok nenek hutang kau bela. Sampai hutang member pun tak reti nak bayar pun ada. Kah!