Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Umur & Kemiskinan Bukan Penghalang' - 'Pak Guard' Berjaya Bergraduasi Dari Kolej Yang Dijaganya Sejak 20 Tahun Lalu, Dapat Anugerah Dekan

26 Mac 2017


Seorang pengawal keselamatan, atau lebih biasa disebut sebagai 'pak guard' di Malaysia, berjaya menghabiskan pelajaran di sebuah kolej di Filipina yang dijaganya sejak 20 tahun lalu.

Erwin Macua, 38, bertungkus lumus selama empat tahun belajar sambil bekerja di Kolej St Theresa di Bandar Cebu disamping menjadi ayah kepada tiga anaknya.

"Umur bukan halangan, kemiskinan juga bukan penghalang," kata Erwin kepada ABS-CBN News.

"Capai impian anda dengan formula ini: kerja keras dicampur dengan azam berserta doa dan cita-cita hidup anda akan tercapai."

Biarpun bekerja pada shift malam dari pukul 7 malam ke 7 pagi, Erwin berjaya menghadiri semua kelasnya yang bermula pada 7:30 pagi hingga 4 petang, lapor Cebu Daily News.



Malah, nama Erwin juga tersenarai dalam pelajar anugerah Dekan sejak dari tahun pertama dia mula belajar iaitu 2013.



Erwin berkata memang cita-citanya untuk menghabiskan pelajaran dan dia mahu menjadi guru kerana dia sangat gemar akan kanak-kanak.

"Pendidikan adalah kursus yang baik untuk berurusan dengan pelajar dan anda boleh mengubah kehidupan mereka (dengan mengajar)," katanya lagi.

Pengawal itu juga menggunakan wang simpanan sendiri untuk membiayai yuran pada tahun pertama, tetapi, dia kemudian ditaja oleh seorang penderma tidak dikenali untuk tahun-tahun seterusnya.

Bercakap tentang pelannya pula, Erwin berkata dia akan terus menjadi pengawal di kolej tersebut sementara dia menunggu ujian untuk mendapatkan lesen mengajar.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ETHTRADE
    SHARING PROFIT UP TO 25% - 30% PERMONTH
    THE BEST .. LONG TERM BUSINESS ... STABLE N TRUSTED
    THE REAL COMPANNY WITH THE REAL ACTIVITY

    https://ethtrade.io/@821745

    https://ethtrade.org/@821745

    ✔ not hyip
    ✔ since April 16, 2016
    ✔ More than 32.000 member
    ✔ Up to 25% (up to 30% by coumponding) monthly profit
    ✔ Average Daily profit 1% ( monday - Friday )
    ✔ Automatic re invest (coumponding)
    ✔ Lifetime contract
    ✔ invest in cryptocurrency trading with professional Team
    ✔ Start your portofolio with only 10$
    ✔ Use Bitcoin / Ethereum / Advcash
    ✔ Withdraw your profit or your investment anytime you want
    ✔ Marketing plan is very good for long term
    ✔ Build your team to get more benefits
    JOIN NOW!!! DONT LEFT BEHIND!!! REAL PASSIVE INCOME!!!LET YOUR MONEY WORKS FOR YOU!!!
    Join now .. free register : https://ethtrade.io/@821745

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "