Tiga Pelajar Terselamat Biarpun Kancil Remuk Akibat Tersepit Antara Dua Buah Lori
Melaka, 27 Mac - Tiga remaja terselamat biarpun kereta mereka kemek teruk selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Lebuh Alor Gaja-Melaka Tengah-Jasin pada jam 12.15 tengahhari hari ini.
Perodua Kancil yang dinaiki oleh ketiga-tiga remaja terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Bandar Raya Melaka.
Polis berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila lori sampah dari arah sama yang berada di lorong kanan memperlahankan perjalanan ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat.
Perodua Kancil itu - yang pada awalnya berada di lorong kiri - tiba-tiba masuk ke lorong kanan menyebabkan pemandu lori sampah mengelak ke kiri sebelum berlaku perlanggaran antara kedua-dua kenderaan itu.
Perodua Kancil itu melanggar belakang satu lori pasir yang berhenti menyebabkan kereta dinaiki tiga remaja itu tersepit antara dua lori.
Ketiga-tiga remaja itu dilaporkan hanya cedera ringan tanpa luka serius.
Sumber: Harian Metro, The Star