Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahukah Anda Daftar Haji Boleh Menggunakan Akaun KWSP, Lelaki Ini Kongsikan Caranya

23 Mac 2017
No Comment

Pasti ramai kita diluar sana masih belum mendaftar haji, ramai memandang remeh perkara ini di mana rata-rata menyatakan masih belum cukup wang atau masih terlalu awal.

Tetapi tahukah anda, senarai giliran dalam panggilan haji yang diuruskan oleh pihak Tabung Haji, dengan jumlah yang mendaftar kini, ada bakal jemaah yang mendaftar menyatakan perlu menunggu sehingga 20 tahun, jadi daftarlah haji dengan segera, bayangkan kalau kita masih leka belum mendaftar haji ketika ini.

Bagi mereka yang tidak tahu, anda boleh mendaftar haji menggunakan akaun KWSP anda, bagaimana caranya? jom baca apa yang dikongsikan oleh saudara Fahmi Hamid ini.

Daftar haji menggunakan KWSP

Hari ni nak share, cara nak daftar haji menggunakan kwsp.

Cara ni sesuai untuk2 adik2 yang baru mula kerja, or students yang masih belajar, yang masih belum ada cash rm1300 dalam akaun tabung haji.

Syarat syarat :
1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi rm1300

Cara cara :
1. Pergi ke mana2 kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.
2. Pergi ke mana2 cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil.
3. Nanti, just bawa penyata kwsp dan kad pengenalan. Awal2 tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji jugak, rupanya xperlu.
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.

Soalan:
Adakah jumlah dalam akaun 1 akan ditolak RM1300 untuk tujuan pendaftaran?

Jawapan:
TIDAK. Pak cik yang kerja tabung haji tu cakap, diorang just nak tengok kelayakan kita sahaja.

Untung kan untuk orang2 yang tak ada kekuatan kewangan lagi. Sementara nak tunggu giliran tu sangaaaat lambat, jadi kalau dah cukup syarat awal2 tadi boleh la pakat2 daftar.

Moga bermanfaat.

Fahmi Hamid

Soalan Lazim Pendaftaran Tabung Haji Menggunakan Akaun KWSP



- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "