Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Malaysia Yang Berada Di Korea Utara Dilarang Tinggalkan Negara Tersebut

7 Mac 2017
No Comment

Seoul: Kerajaan Korea pimpinana Kim Jong-un telah mengeluarkan larangan kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara, lapor media negara itu, hari ini, lapor Reuters.

Reuters memetik agensi KCNA, tindakan itu mungkin satu cara untuk menjadikan mereka tebusan ketika sengketa diplomatik antara kedua-dua negara semakin buruk berikuran pembunuhan Kim Jong-Nam di Kuala Lumpur.

Ianya juga sebagai cara untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.

“Semua rakyat Malaysia di Korea Utara akan dilarang buat sementara waktu daripada meninggalkan negara ini sehingga peristiwa yang berlaku di Malaysia diselesaikan secara teratur,” menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea yang memetik kenyataan kementerian luar.

Pihak Kementerian Luar Korea Utara juga telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu di mana mereka berharap kes tersebut dapat diselesaikan secara adil. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "