Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Aerobatik Black Eagles Milik Korea Selatan Akan Terbang Lintasi KLCC Esok

28 Mac 2017
No Comment

Pesawat Black Eagles milik Korea Selatan yang ketika ini masih berada di Langkawi sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA'17) dilaporkan akan melakukan lintas terbang di KLCC pagi esok., lapor Berita Harian.

Pesawat aerobatik terkenal itu melalui laman Facebook rasmi mereka telah memuatnaik kenyataan mengenai perkara itu di mana sembilan pesawat jenis KAI-TB50 milik mereka dijangka melepasi Menara Berkembar Petronas di ibu negara jam 10.30 pagi.


Menurut kenyataan itu, pesawat berkenaan dijadual menuju Kuala Lumpur dari arah barat laut Semenanjung untuk melakukan lintas terbang di mercu tanda negara itu, sebelum meneruskan perjalanan ke pangkalan Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) di Gangwon, Korea Selatan.

"Republik Korea Selatan dengan bangganya akan mempersembahkan pasukan aerobatik supersonik termasyhur kami, Black Eagles, di Kuala Lumpur pada pagi hari Rabu ini. 

"Malaysia adalah rakan penting kepada kami. Dari segi perdagangan yang begitu cepat membangun, perhubungan diplomatik yang kukuh serta kerjasama dari segi pendidikan, kebudayaan, seni dan sebagainya, kami berharap kerapatan sedemikian dijalinkan selama-lamanya," demikian menurut kenyataan itu.




Mereka turut menyatakan sepanjang menjayakan LIMA 2017, pihak Black Eagles begitu terharu atas pertolongan, sambutan dan senyuman rakyat Malaysia dan bersedia untuk kembali ke negara ini dalam tempoh terdekat.

"Kami berharap anda terhibur dengan persembahan kami di Langkawi. Terima kasih juga kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi memberi kami peluang dengan membenarkan pertunjukan lintas terbang melalui bandar Kuala Lumpur," kata kenyataan itu lagi.

Black Eagles yang pertama kali tampil di LIMA adalah antara pasukan aerobatik yang mencuri tumpuan ketika pertunjukan udara LIMA'17, 20 hingga 25 Mac lalu, selain Russian Knights dari Tentera Udara Russia (RAF) dan Jupiter dari Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU). - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "